Tidak Menjadi Kesalahan Jika Ibu Bapa Tidak Hantar Anak Ke Sekolah

Ketidakhadiran murid-murid tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagaimanapun berkata, ibu bapa atau penjaga perlu menulis surat kepada pihak sekolah bagi menjelaskan mengenai sebab ketidakhadiran tersebut.

“Tidak hadir tidak mengapa dan tidak dianggap kesalahan disiplin. Kami tidak akan menghantar surat amaran tetapi ibu bapa perlu menulis surat ke pihak sekolah untuk menjelaskannya. Dan, ini akan diguna pakai untuk tempoh pembukaan sekolah hingga hujung tahun ini,” katanya.

Tambahnya lagi, surat ibu bapa kepada sekolah mengenai ketidakhadiran anak mereka adalah bertujuan untuk rekod guru-guru.

“Ini sebagai cara kita mencuba untuk membawa murid-murid ini kembali ke sekolah.

“Pada masa sama mengambil kira kerisauan ibu bapa dalam konteks menghantar anak-anak mereka ke sekolah,” Jelasnya.

Mengulas mengenai pemakaian ke sekolah juga, murid DIBENARKAN untuk memakai pakaian biasa sekiranya pakaian seragam sekolah sedia ada tidak boleh dipakai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mulai 3 Oktober Dengan Syarat…

ARTIKEL BERKAITAN:Pembukaan Sesi Persekolahan 1 September Ini Wajar Dikaji Semula

ARTIKEL BERKAITAN:Sesi Persekolahan Dibuka Secara Berperingkat Mulai 1 September Ini – KPM

ARTIKEL BERKAITAN:Kempen Ponteng Sekolah Bertentangan Adab Pendidikan Negara

 

 

Sumber:BH

Salma Syahbuddin