Video Tular Di Internet: Netizen Dakwa ‘Deep Fake’, Cubaan Jatuhkan Pendakwah Terkenal

Sebuah video tular yang dikatakan mirip pendakwah terkenal mengejutkan ramai netizen di media sosial.

Video yang mengandungi perlakuan tidak sopan tersebar dan warganet menyifatkan ia adalah video palsu.

Netizen turut mendakwa ia merupakan salah satu usaha untuk menjatuhkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Rata-rata pengguna di media sosial menyifatkan video tersebut sebagai “deep fake” dan hanya suntingan kerana mengandungi beberapa kesalahan yang jelas.

Terdahulu, nama Ebit hangat disebut-sebut oleh pengguna media sosial apabila penyanyi rap Caprice ada mendedahkan mengenai misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini.

Perkara tersebut turut mengheret nama-nama pendakwah lain seperti Muhammad Nadir Al-Nuri, Firdaus Wong dan juga PU Rahmat ke dalam kancah pergolakan yang terbaru ini.

Dalam pada itu, masih tiada sebarang laporan polis dilakukan berhubung video tersebut.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”