Wanita 60 Tahun Jadi Vlogger Makanan Untuk Menyara 2 Orang Anak OKU

Kasih seorang ibu tiada ganti, itulah ungkapan sesuai untuk digambarkan dengan kisah seorang wanita berusia 60 tahun di China yang menjadi vlogger masakan dan makanan.

Menurut laporan South China Morning Post, seorang wanita yang menggelarkan dirinya Mama Lu menjadi vlogger makanan untuk menyara dua orang anaknya yang juga kurang upaya.

Mama Lu mula aktif membuat video tutorial memasak sejak beberapa tahun lalu selepas berpisah dengan suaminya.

Sebelum itu, Mama Lu dikatakan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya selama bertahun-tahun.

Mama Lu akan memulakan tutorial video masakan dengan dirinya menunjukkan bahan-bahan dan cara memasak.

Video itu diakhiri dengan dia menyuapkan makanan yang siap dimasak itu untuk kedua-dua anak lelakinya yang istimewa.

Dua orang anak lelakinya menghidap penyakit sistem saraf progresif dikenali sebagai Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) di mana mereka yang masing-masing berumur 39 dan 29 tahun lumpuh sejak remaja.

Anak-anak Mama Lu turut membantu di mana mereka akan menjadi pengarah video dan video itu juga disunting sendiri oleh mereka walaupun hanya boleh menggerakkan dua jari.

Sehingga kini, wanita ini telah memperoleh kira-kira 400,000 pengikut di pelbagai platform termasuklah di Douyin iaitu TikTok China.

Ramai pengikutnya di media sosial yang baik hati dan suka menolong dengan menyumbangkan bahan masakan untuk keluarga itu.

Sumber: South China Morning Post

Marcella