Categories: FeaturedTrending

Tutup operasi hotel, jadikan pusat rawatan COVID-19 secara percuma, mulianya hati Ronaldo!

Sudahlah kacak, hartawan dan dermawan, baik pula budi pekerti!

Pada saat orang ramai bimbang menerima kunjungan tetamu gara-gara wabak novel koronavirus (COVID-19), pemain bola sepak Juventus, Cristiano Ronaldo, telah menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal untuk dijadikan hospital sebagai pusat rawatan wabak penyakit itu.

Foto: Oh Media!

Tanpa memikirkan soal keuntungan, Ronaldo menutup dua hotel miliknya untuk dijadikan hospital bagi memberikan rawatan kepada mereka yang dijangkiti COVID-19.

Sudahlah memberikan ruang yang selesa untuk merawat mangsa wabak itu, petugas perubatan yang menjaga dan membantu pesakit turut diberi elaun oleh Ronaldo.

Keprihatinan Ronaldo mendapat pujian peminatnya di seluruh dunia kerana sentiasa mempamerkan sensitiviti dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan bantuan.

Bintang Juventus itu kini sedang bercuti daripada latihan dan menjalani proses kuarantin di tempat kelahirannya, Madeira.

Foto: FotMob

Yanie Baharom