Categories: Trending

Ular Yang Di Sangka Jinak Tetapi..

Hobi membela haiwan reptilia berbisa akhirnya berakhir bahana! Remaja berasal Bojongsoan, Indonesia meninggal dunia selepas dipatuk ular kesayangannya…aduhai.

Mula membela ular tedung selar sejak beberapa bulan lalu, Allahyarham Syahril ‘tumpas’ pada Rabu lalu selepas dirawat di sebuah hospital bertempat di Jawa Barat.

Berita kematian Syahril dilaporkan pengguna Facebook yang menggunakan nama Nindi Sari sebelum dipetik media di Indonesia.

Nindi memberitahu, Syahril meninggal dunia selepas tangannya dipatuk ular berbisa berkenaan.

“Hati-hati, sekiranya tiada pengalaman jangan sesekali membela ular tedung selar,” katanya.

Dia juga memuat naik gambar Syahril memegang dan mencium kepala ular tedung selar yang besar.

Syahril juga sempat memuat naik gambar tangannya dipatuk ular berkenaan di status aplikasi WhatsApp miliknya dengan keterangan ‘Antara hidup dan mati’.

SGMS Enal