Categories: HiburanSelebriti

MILIKI SENJATA? UNIC DITAHAN

Semua sedia maklum bahawa Kumpulan UNIC bersama-sama pihak Muslim Care Malaysia telah ditahan oleh Pihak berkuasa Syiria kerana telah disyaki memiliki senjata dan masuk ke Syiria secara haram apabila mereka kesana atas dasar misi bantuan kepada pelarian Syiria. Ini sekaligus membuatkan rata-rata peminat kumpulan nasyid ini dan seluruh rakyat Malaysia risau dan tidak putus-putus mendoakan keselamatan perjalanan mereka.

Namun, 2 jam yang lalu anggota kumpulan ini telah memuat naik beberapa entri dilaman instagram mereka menyatakan mereka semua telah selamat dibebaskan bersama-sama Pihak Muslim Care Malaysia.

Kalau sebelum ini, mereka telah memuat naik beberapa entri gambar pasport mereka yang tertera cop meminta agar mereka merujuk kepada balai polis dalam masa yang terdekat. Kali ini UNIC dan Pihak Muslim Care Malaysia meminta agar rakyat Malaysia sentiasa mendoakan keselamatan mereka disana. 

UNIC telah berangkat ke Syiria bersama-sama Pihak Muslim Care Malaysia sejak 5 hari yang lalu.

Kami di xtra mendoakan yang terbaik buat mereka semua!

 

 

Salma Syahbuddin