Categories: HiburanSelebriti

Hadiahkan kawan baik RM 5.3 juta tanda terima kasih

Untung betul jadi kawan baik George Clooney. Apa taknya, pelakon popular ni sanggup hadiahkan wang tunai berjumlah AS$1.3 juta (RM5.3 juta) setiap sorang. Wow, best giler!

Menurut lelaki berusia 56 tahun ini, pemberian saguhati ini sebagai tanda terima kasih kerana membantunya membina karier di Hollywood. Perkara ini didedahkan sendiri oleh rakan baik Clooney, Rande Gerber menerusi program Headliners, baru-baru ini.

Pada 27 September 2013, Clooney menjemput 14 rakan karibnya untuk makan malam di rumahnya sebelum beliau memberikan setiap seorang daripada mereka sebuah beg bimbit berisi wang tunai.

“ Dia memulakan ucapan dengan menyatakan dia mahu semua kawan-kawannya tahu mereka amat penting dalam kehidupannya.

“ Dia juga mengimbas kembali pertolongan yang mereka hulurkan ketika dia tiba di Los Angeles sehingga berjaya di layar perak pada hari ini,” cerita Gerber.

SGMS Enal