Categories: Trending

Uptown Puchong… Macam-Macam Ada!

Berita baik untuk warga Puchong dan sekitarnya! Kini korang tak perlu lagi redah arus trafik ke ibu kota lagi untuk cari port santai dan makan!

Menyediakan 400 premis niaga termasuk ruang makan, bazar larut malam Uptown Puchong antara bazar tertutup sepenuhnya. Sekarang anda tak perlu risau dengan cuaca yang tak menentu lagi. Boleh shop dan makan dengan selesa… hehe.

Menariknya, variasi produk keluaran tempatan kini boleh didapati di sini. Sebut je nak beli apa, semua ada kat sini. Dari pakaian, kosmetik, minyak wangi dan pelbagai lagi.

Bagi anda yang sedang mencari lot niaga dengan modal sederhana, ini tempatnya! Keluasan tapak 8 kaki persegi X 8 kaki persegi, 8 kaki persegi X 16 kaki persegi & 16 kaki persegi X 16 kaki persegi disediakan untuk keselesaan peniaga dan pembeli.

Tambahan, pelbagai akses kemudahan pengangkutan awam turut disediakan! Bas Rapid KL boleh digunakan untuk ke lokasi (hentian Taman Kinrara). Bagi pengguna LRT, anda perlu menaiki train laluan Ampang untuk terus ke stesen Puchong (SP 22-SP 31).

Kemudahan tersedia;

✔️ Tempat letak kereta Percuma
✔️ WIFI Percuma
✔️ Kawalan CCTV 24 jam
✔️ Roller Shutter di setiap premis termasuk wiring lengkap
✔️ Skrin LED luas
✔️ Kipas angin/ Penyejuk udara
✔️ Surau

SGMS Enal