Categories: LIFESTYLE

Kongsi Langkah-Langkah Elak Sistem Peranakan Wanita Diserang Penyakit

Penyakit-penyakit yang melibatkan peranakan adalah amat ditakuti oleh kaum wanita. Punca penyakit seperti kanser, cyst dan fibroid masih lagi tidak tahu apa puncanya. Namun cara yang terbaik untuk mengawal dan menanganinya adalah dengan menjaga pemakanan.

Berdasarkan perkongsian seorang pakar sakit puan, Dr.Hamid Arshat, pengimbangan hormon estrogen dan progesteron adalah cara terbaik untuk mengekalkan peranakan yang sihat. Perkongsian yang dilakukan oleh beliau adalah untuk memastikan wanita lebih bijak dalam menjalani hidup lebih sihat serta bebas penyakit berkaitan peranakan.

Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui.

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.

Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL ESTROGEN

1. Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.

3.Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.

Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.

Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.hasa

SGMS Enal