Categories: Trending

[VIRAL] “Aku Cabar Kau Jumpa Aku” – Ali Puteh Bengang Aliff Syukri Ambil Kesempatan

Walaupun hampir lebih seminggu Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia, namun ada pula cerita yang kurang sedap didengar mengenai keluarga arwah sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi serta salah faham.

Terbaharu, Datuk Aliff Syukri telah menziarahi keluarga pelawak, Allahyarham Abam namun nampaknya keadaan menjadi tegang apabila Datuk Aliff mengadakan sesi temu ramah serta rakaman Facebook secara live. 

Menerusi FB live tersebut, jutawan kosmetik itu turut bertanya tentang harta Allahyarham serta beberapa soalan sehingga menimbulkan kemarahan netizen yang meninggalkan pelbagai komen di Instagram Aliff.

Video tersebut turut mendapat perhatian adik Abam iaitu Ali Puteh yang menyifatkan usahawan itu ingin mengambil kesempatan kerana menjadikan penderitaan orang lain sebagai ‘content’ untuk mengaut keuntungan dan meminta agar Datuk Aliff Syukri bersemuka dengannya. 

 

Rata-rata netizen mengecam tindakan Datuk Aliff yang didakwa tidak menghormati isteri arwah Abam yang baru sahaja kehilangan orang tersayang. 

Ini Respon Datuk Aliff Syukri

Datuk Aliff Syukri sempat memberi kenyataan sebagai maklum balas terhadap kiriman Ali Puteh di Instagram yang mendakwa kemunculannya di rumah arwah telah mengguris hati ibu dan juga isteri arwah Abam.

 

Apa-apa pun sama-sama kita doakan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.

Syafiqa Irdina