Categories: Trending

Vokal Mania: “Aku Ulang Banyak Kali Wei” – Battle Fatin Afeefa & Tomok Jadi Perhatian Netizen, Trending #7 Di YouTube!

Battle antara rookie Fatin Afeefa dan idol Tomok yang bersiaran di Vokal Mania pada Sabtu lalu mencuri perhatian netizen.

Menyampaikan lagu Satu Hati Sampai Mati dendangan asal penyanyi Indonesia, Thomas Arya dan Elsa Pitaloka, gandingan Fatin dan Tomok berjaya membuatkan peminat ‘ketagih’ untuk menontonnya berulang kali.

Kini, dendangan lagu terbabit yang dimuat naik di laman YouTube TV9Malaysia berada di kedudukan ke-7 carta trending dan meraih lebih 290,000 tontonan.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji keserasian Tomok dan Fatin yang berjaya membawakan lagu ini dengan baik.

Ada juga netizen yang terkejut melihat kebolehan vokal Fatin yang boleh menyampaikan lagu balada itu dengan sangat baik.

Jom saksikan persembahan mereka di bawah:

Jangan lupa undi peserta kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Danial Chuer Tewaskan Indah Ruhaila, Jom Semak Senarai Penuh Ranking Episod 4!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

Padin