Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Betul Ke Suka Termenung & Cakap Seorang Diri? Ini 3 Fakta Ramai Tak Tahu Tentang Shaheizy Sam!

Shaheizy Sam Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Shaheizy Sam merupakan seorang pelakon yang memulakan karier seninya sejak zaman remaja lagi.

Untuk pengetahuan, Sam membuat kemunculan sulung menerusi filem Sama Tak Serupa pada tahun 1995 namun namanya mula memuncak menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010-2014) serta banyak lagi.

Lebih mengagumkan, dalam karier lakonannya ini, dia berjaya merangkul pelbagai anugerah seperti Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 dan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

Jadi, menerusi #TriviaXTRA minggu ini, Shaheizy Sam berkongsi mengenai perkara yang orang ramai tidak mengetahui tentangnya.

1. Seorang Yang Sangat Serius?

Sering membawa watak komedi dan dilihat sebati dengan personalitinya. Namun, Sam mengakui bahawa dia seorang yang serius terutamanya ketika bekerja.

“Yang orang tak tahu sebenarnya Sam seorang yang sangat serius, jarang bercakap bila tak perlu. Kadang-kadang mungkin orang ingat Sam ni sombong tapi sebenarnya itulah diri Sam”

2. Gemar Termenung & Cakap Seorang Diri!

Setiap individu semestinya mempunyai tabiat pelik yang sering dilakukan tanpa sedar atau tidak. Begitu juga dengan Sam!

“Saya selalu termenung, bercakap sorang-sorang. Haa… itu tabiat Sam sebab saya selalu bekerja dalam kepala. Bila dapat idea dia akan bercakap sendiri pastu baru tersedar ‘eh apa aku buat ni’

Lain orang kan lain gayanya apabila mencari ilham atau idea. Tak gituu?

3. Suka Bergurau Tapi…

Bergurau senda bukan saja dapat menceriakan suasana malah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Tapi… macam Sam orang kena berteka-teki dulu 🤣
“Sam jarang serius tapi bukan sentiasa akan bergurau. Bila berjumpa dengan orang bukan waktu bekerja saya bergurau dengan orang tapi muka serius selalunya. Kadang orang confused ini bergurau ke betul-betul”

Alamak! Kalau macam ni memang ramai akan confused Sam tengah bergurau ke tak 😅

Atiqah Johari