Hiburan By: Del14 December 14, 2019 @ 2:10pm

Resepsi Eizlan, Natasha Penuh Istiadat

Malam resepsi Datuk Seri Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville berlangsung dengan penuh istiadat gilang gemilang di Ballroom, Boraombak Putrajaya, malam tadi.

Pasangan itu diberi penghormatan penuh melalui istiadat Silang Pedang oleh lapan pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari CDERT Ohhsem Network.

Lebih 600 tetamu dari keluarga diraja Pahang, Selangor, Kedah dan Johor, antaranya YAM Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Aishah Sultan Haji Ahmad Shah.

Malah, ramai rakan artis antaranya YM Dato Seri Tengku Shahreza, Dato Sheila Majid, Dato Acis, Dato Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia, Datin Nina Jurin, Ahmad Idham Nadzri, Jasmin Hamid dan Anuar Zain, turut hadir memeriahkan majlis.

Dalam pada itu, Eizlan akui terharu dengan elemen kejutan dan kehadiran ramai kenalan yang sudi memeriahkan hari bahagianya, semalam.

“Saya dan isteri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik, media dan para tetamu yang hadir kerana menjadikan majlis semalam sangat meriah dan berjalan lancar,” katanya.

Sambil mengalirkan air mata kerana terharu dengan penghormatan yang diberikan, Eizlan memohon agar tetamu yang hadir dan peminat dapat mendoakan kesejahteraan perkahwinan kali ini berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Pasangan ini selamat bernikah tepat jam 3.28 petang di The Glass Suite, BoraOmbak, Putrajaya pada 12 Disember, Khamis lalu.

Sambutan meraikan pasangan ini berlangsung selamat empat hari berturut-turut yang berakhir malam ini, dengan kos keseluruhan mencecah hampir RM 1 juta, sehinggakan mendapat jolokan Wedding of the Year 2019.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Feb 2023
Featured Sat, 4 Feb 2023
TECH Mon, 29 Apr 2019

Malaysian Startup rentDAX Raises RM5 Million Seed Funding to Democratise Home Rental in Malaysia

rentDAX, a fully-owned subsidiary of DAX Venture, is a mobile first platform
designed to Make Home Renting Safer and Easier with No Deposit Required.

FESYEN Fri, 12 Jul 2019

It’s Not TeaLive But Tea Hair, This Peculiar Hair Color Went Viral On Social Media

People is taking Bobba tea to another different level!

Hiburan Sun, 14 Apr 2019

Bapa Aman Nassim Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allahyarham Nassim Haroon…

FESYEN Wed, 14 Aug 2019

Fazura’s Spilling Tea on E! News About Fattah’s Fashion

The fashion starlet, Fazura reveals her individuality through her fashion picks and thoughts