Featured By: Yanie Baharom June 18, 2019 @ 12:00pm

Ketahui empat jenis gambar kanak-kanak yang tidak sesuai untuk tatapan media sosial

Perasaan bergelar ibu bapa sememangnya mengujakan. Lebih-lebih lagi jika zuriat yang dimiliki itu comel dan membesar dengan sihat serta bukan main lagi bijaknya selain petah berkata-kata, hati ibu bapa mana yang tidak gembira bukan. 

Hampir setiap hari, si ibu atau bapa galak berkongsi gambar anak di media sosial, ketagih untuk mendengar pujian-pujian umum seperti ‘cuteness overload,’ ‘baby angel‘, ‘comelnya anak awak’ dan ‘boleh jadi model iklan ni.’

Saban hari, ibu bapa berusaha merakamkan foto anak dengan cara paling kreatif untuk meningkatkan jumlah pengikut. Untung-untung dapatlah anak bergelar model iklan atau selebriti cilik media sosial. Wow kecil-kecil sudah ada pendapatan sendiri!

Ada sesetengah ibu bapa pula menggunakan media sosial sebagai arkib galeri keluarga dengan menggunakan tanda pagar (#) supaya mudah untuk mereka menjejaki semula memori gambar lama.

Biar apapun alasan anda, harus diingat anda bertanggungjawab terhadap keselamatan anak anda dan eksploitasi si kecil kepada khalayak ramai boleh menggugat privasi mereka.

Cukup membimbangkan pendedahan mengenai kehilangan 831 orang kanak-kanak dan remaja di seluruh negara sejak tahun 2010 hingga akhir bulan lalu. Apa yang menyedihkan mereka tidak dapat dikesan sehingga hari ini.

Berdasarkan maklumat dalam laman web Kanak-Kanak Hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 60 daripada kanak-kanak dan remaja tersebut dikategorikan sebagai kes kehilangan terkini apabila laporan dibuat antara 10 Februari 2018 dan 26 Mei lepas.

Sebenarnya perkara ini boleh dielakkan jika ibu bapa melindungi privasi anak-anak seperti tidak terlalu mendedahkan gambar dan maklumat penting anak-anak di media sosial.

Harus diingat, ‘pedophile’, ‘predator‘ atau  pemangsa yang berada diluar sana mungkin sedang memerhatikan anak anda.

Lima kategori gambar si kecil yang tidak boleh dikongsi di media sosial

1. Foto secara berkumpulan

Foto: AquaMermaid

Sebelum anda memuat naik gambar hari jadi atau aktiviti sekolah di Facebook mahupun Instagram, berbincang terlebih dahulu dengan ibu bapa kepada kanak-kanak lain kalau ianya boleh dimuat naik di media sosial.

Ini kerana, tidak semua ibu bapa berasa selesa gambar anak mereka dimuat naik. Jadi adalah lebih baik dapatkan keizinan terlebih dahulu.

2. Lokasi sekolah

Foto: Berita Steady

Elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti lokasi sekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain. Ini mungkin memudahkan ‘pemangsa’ untuk menjejak anak anda dan memanipulasikan maklumat peribadi untuk tujuan jenayah.

3. Waktu mandi

Foto: Babble

Jangan hidangkan golongan pedofilia dengan santapan gambar anak anda dalam keadaan bogel atau separa bogel ketika mandi. Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi.

4. Penderaan dan keganasan

Foto: mblynchfirm

Selain itu, gambar yang berunsur penderaan, penindasan, keganasan malah gambar yang memalukan anak juga tidak perlu dikongsi kepada umum. Ketahuilah, suatu hari nanti mereka akan meningkat dewasa, pasti mereka enggan momen yang memalukan itu dikongsi.

5. Privasi

Akhir sekali, semak tetapan privasi akaun anda dan berhati hati untuk menerima rakan yang tidak dikenali di media sosial.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022

Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Tak senua perkara boleh di share kat public okay!

familuv Fri, 12 Oct 2018

Anak Tiba-Tiba Muntah, Ini Cara Untuk Hadapinya

Apabila anak muntah, dia akan kehilangan banyak cecair dalam badan!

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Fri, 29 May 2020

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Punca lonjakan jumlah kes harian positif COVID-19

Featured Tue, 1 Nov 2022

Nak Hilangkan Perasaan Suka Atau Benci Terhadap Seseorang? Ini Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan perasaan suka atau benci terhadap seseorang. @mfazzy MASA MAIN PERANAN #masa #sangkabaik #doa #ustaz #mfazzy #tiktokguru #jombelajar #ustazazharidrus ♬ tak ingin

Eat Travel Wed, 21 Aug 2019

Snek bawang mekar bak teratai ini curi perhatian ramai!

Rahsia keenakannya ialah kepingan keju yang diselitkan di setiap kelopak!

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Tue, 18 Sep 2018

Adakah Kafein Menyebabkan Ketagihan?

Adakah anda ketagih kafein?

| Live TV

error: Content is protected !!