Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 9, 2021 @ 12:49pm

[VIDEO] “Kematiannya Adalah Kematian Yang Menghidupkan” – Ustazah Asma Harun Sifatkan Pemergian Siti Sarah Lambang Ketabahan Seorang Ibu

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma Harun menyifatkan kematian penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 37, pagi tadi adalah kematian yang menghidupkan.

Menurut Asma, kematian Sarah ini bukanlah disebabkan statusnya sebagai artis sehingga ia menjadi tumpuan, namun pemergian Allahyarhamah cukup menghidupkan dan menyentap banyak hati diluar sana, terutamanya mereka yang mungkin masih lalai dan leka.

“Mungkin pemergian dalam kalangan alim ulama menghidupkan hati orang-orang yang soleh, menangisi pemergiannya.

“Namun, kematian individu seperti Siti Sarah ini mudah-mudahan dia lebih menyentap jiwa dikalangan orang-orang yang sedang terleka dan lalai seperti saya, dikalangan para pencintanya, pengikutnya, ramai orang menyanyi beliau. Subhanallah…”

“Mudah-mudahan ia menghidupkan jiwa semua peringkat, sesiapa sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN : Siti Sarah Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN : Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

ARTIKEL BERKAITAN : “Banyak Kali Dia Tanya Saya Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim…”- Ebit Lew Dedah Sifat Prihatin Siti Sarah

“Ada tanda kematian  khusnul khotimah…”

Tambahnya lagi, pemergian Sarah juga menunjukkan tanda-tanda khusnul khotimah antaranya kematian kerana melahirkan anak dan juga kematian disebabkan wabak.

“Dan pada Siti Sarah ini ada tanda-tanda khusnul khotimah antaranya kematian kerana melahirkan anak dan kematian kerana wabak. Masya-Allah…”

Asma yang kelihatan sebak ketika sesi kuliah pagi tadi menerusi siaran langsung di akaun Instagram miliknya turut berkongsi bahawa perjalanan hidup Sarah berubah apabila mula berkahwin dengan Shuib kerana beliau meninggalkan dunia glamor seterusnya menjadi isteri, ibu dan menjadi usahawan yang berjaya.

“Wabak ini  menyebabkan ramai yang kembali kepada Allah SWT dengan kematian. Namun, ramai juga yang kembali kepada Allah SWT dengan keinsafan. Jadi,  jadilah kita antara yang pertama atau kedua dan bukan yang ketiga…”

“Subhanallah.. disebalik peristiwa yang menyedihkan ini marilah sama-sama berubah. Dan kematian Siti Sarah ini pastinya Allah mahu kita belajar dan mengambil pengajaran”

“Kita tau ramai yang kehilangan akibat wabak ini, frontliners, ibu kehilangan anak, anak kehilangan ibu. Dan kematian ni sungguh menyedihkan, sungguh menyentap jiwa…”

“Bukan juga kerana dia Siti Sarah tetapi ia lambang ketabahan semua ibu walaupun mereka rebah namun mereka kembali kepada Allah SWT…”

Sesi terbabit yang diakhiri dengan bacaan doa ini turut ditonton seramai 180,000 orang dan rata-rata mereka mendoakan agar segala urusan Allahyarhamah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Terdahulu, Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raissuddin, ditidurkan setelah melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Mar 2022
Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Wed, 30 Apr 2025

Azlee Senario Nafi Saiful Apek Ditahan Pihak Berkuasa

Susulan penularan foto didakwa pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek, ditahan oleh pihak berkuasa, rakan seangkatannya dalam kumpulan Senario iaitu, Azlee tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azlee, laporan berkenaan adalah tidak benar dan dia meminta […]

Hiburan Thu, 19 Jun 2025
Trending Sat, 24 Feb 2018

TOP 10 MOST VIEWED MUSIC VIDEOS ON YOUTUBE OF ALL TIME

There are so many YouTube videos which have become the world’s favourite. Are any of these your favourite?

Hiburan Mon, 23 May 2022

“Saya Sangat Kagum Dengan Bakatnya…” – Ellie Suriaty Tidak Ada Masalah Untuk Bekerjasama Dengan Bekas Suami

Ellie Suriaty tiada masalah untuk bekerjasama dengan bekas suami pada masa akan datang.

error: Content is protected !!