Gaya Hidup By: Yanie Baharom March 8, 2018 @ 3:32pm

Elak Jadi Mangsa Jenayah! Semua Wanita Wajib Belajar 7 Aksi Pertahankan Diri Ini

Jenayah ragut, rogol dan bunuh yang berlaku di negara ini sebagaimana kekerapan laporan media massa, amatlah  menggusarkan masyarakat. Kes yang berlaku memberi kesan mendalam kepada kaum hawa yang sering menjadi sasaran pemangsa.
 
Persepsi wanita itu ‘lemah’ sehingga mendedahkan diri mereka kepada bahaya yang menggugat keselamatan diri harus dikikis!
 
Bagaimanakah caranya? Sudah tiba masanya bagi wanita menangkis tanggapan itu dan belajar untuk menjadi ‘sekuat’ lelaki dengan melengkapkan diri mempelajari seni mempertahankan diri.
 
Petikan artikel dari Brightside yang berkongsi tentang cara-cara untuk wanita mempertahankan diri ketika diserang amat bermanfaat untuk wanita.
 
Hijab & Heels berharap wanita-wanita di luar sana akan menjadi lebih kuat dan berani menentang musuh serta jenayah. Sebagaimana wanita masa kini membuktikan, mereka juga layak menjawat kedudukan tertinggi dalam sesebuah organisasi.
 
Jom kita lihat bagaimana cara untuk menentang lelaki buas, bernafsu binatang dan seangkatan dengannya!
 
1. Untuk permulaan kita kena kenali titik kelemahan yang ada pada seorang lelaki. Rujuk gambar di bawah.
 
cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

Dengan mengenali titik kelemahan pada seseorang, tak jadi masalah pada kita untuk mempertahankan diri sama ada lawan kita itu seorang yang berbadan besar, tinggi dan sebagainya. Gambar di atas menunjukkan titik kelemahan yang ada pada seseorang – mata, hidung, tekak, dada, lutut, dan pangkal paha.

Kita boleh menyerang di bahagian mana pun yang kita mahu tapi cara-cara di bawah akan membuatkan langkah menyerang dan mempertahankan diri lebih sempurna dan berkesan.

2. Salah satu cara untuk menyerang ialah dengan merangkul tangannya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. (rujuk gambar dibawah).

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah
 
Kemudian tarik sekuat hati ditengah -tengah bahagian jarinya dan tolak ke depan. Jika tak dapat memegang tangannya, dengan menggunakan ketiga-tiga jari tengah kita, tumpukan kekuatan di bahagian jari dan serang bahagian tulang selangka atau bahagian halkumnya.
 
Kita juga boleh menggunakan genggaman tangan dan tumbuk ke arah tulang selangka atau halkumnya. Cara ini boleh melemahkan lawan kita.
 
cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah
 
Kawasan paling kerap dijadikan sasaran untuk menyerang ialah di bahagian pangkal peha. Boleh dikatakan semua yang mengajar seni mempertahankan diri akan mencadangkan agar bahagian ini diserang.
 
Menyerang di bahagian ini akan melemahkan seluruh anggota badan penjahat dan kita ada peluang untuk melarikan diri.
 
3. Jika di peluk dari depan, ianya akan membuatkan tangan kita tidak boleh di angkat.Apa yang perlu dilakukan ialah luruskan tangan ke bawah dan tumbuk bahagian sulit atau bahagian pelvis penyerang. Gunakan dahi kita untuk menumbuk bahagian hidung penyerang. (Cara 1)
 
Cara kedua ialah dengan menggunakan lutut. Dengan sekuat hati angkat lutut kita setinggi yang boleh dengan kuat untuk menyerang bahagian pelvis nya.
 
cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah
 
Jika penyerang sudah melepaskan rangkulannya pada kita, terus serang bahagian tangan kanannya dengan menolak tangannya dan gunakan tapak tangan kita untuk menyerang sekuat hati di bahagian leher penyerang (rujuk gambar di bawah). Kemudian angkat lutut ke arah bahagian sulit penyerang dengan sekuat hati.
 
cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah
 
Mudah tak caranya??? Kalau selalu berlatih mesti rasa mudah je sebenarnya. Selalunya bila kita diserang penyerang akan memegang tangan kita kan?? Dibawah ini dikongsikan cara untuk melepaskan diri apabila tangan kita disentuh atau dipegang oleh penyerang.
 
4. Jika dia memegang tangan kiri kita pusing tangan kita ke kiri dengan kuat. Tangan kita akan berada di atas dan mudah untuk kita melepaskan diri.
 
Begitu juga jika dia memegang tangan kanan kita, pusing tangan ke arah kanan dengan kuat dan apabila tangan kita di atas terus angkat tangan untuk melepaskan diri. Kemudian mulakan serangan di bahagian yang kita sasarkan seperti yang diterangkan diatas.
cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

5. Apabila kita diserang dari belakang, contohnya kita dipeluk dari belakang, halakan kepala kita ke arah muka penyerang. Kemudian terus tunduk kedepan dan tarik bahagian kakinya.

Cara ini akan buat dia jatuh dan kita sempat melarikan diri.

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah
 
6. Jika penyerang memeluk kita dari bahagian tepi, gunakan siku untuk melemahkan lawan. Caranya ialah dengan mengangkat siku sekuat yang boleh kearah muka, leher atau pun hidung penyerang.
 
Ambil peluang ini dengan menghayunkan siku sekuat hati ke arah perut atau dadanya. Lakukan sekuat hati hingga dia rebah.
 
cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah
 
7.  Penyerang mungkin akan menolak kita ke dinding. Untuk melemahkan lawan, kita perlu cepat menggunakan peluang dalam keadaan ini.
 
Jika penyerang mengangkat tangannya (rujuk gambar) lakukan tujahan kuat menggunakan kekuatan tangan dan jari ke arah ketiaknya.

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

Ketika ini kita boleh menyerangnya dengan melakukan tumbukan ke arah leher, dada dan rahangnya. Tumbukan perlulah dari bahagian bawah membawa ke atas. Lakukan sekuat hati. 
 
Kita juga boleh lakukan serangan menggunakan bahagian kepala kita. Terus tanduk bahagian muka penyerang dan ini akan melemahkannya. Jadi kita ada kesempatan untuk melarikan diri, jangan tunggu-tunggu terus lari saja! 
 
Apapun jangan disalah guna kesemua teknik ini atau tujuan sengaja menganiaya orang atau untuk gurauan. Sila gunakan  untuk kecemasan sahaja okay! 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 26 Nov 2018
Gaya Hidup Fri, 5 Apr 2019

4 selebriti ini membuktikan mereka ‘wanita besi’ dengan menjalani pembedahan C-Section!

April adalah bulan menghargai wanita yang menjalani C-Section.

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Thu, 23 May 2019
Gaya Hidup Thu, 21 Jun 2018

5 Perkara Ini Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Pergi Beraya

Jangan lakukan perkara ini kalau anda pergi beraya ya!

Gaya Hidup Wed, 20 Feb 2019

Kajian terkini dapati hubungan cinta boleh lindungi anda daripada dijangkiti demam selesema

Orang yang dilamun cinta didapati mempunyai sistem imuniti lebih kuat

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

Bahaya Tidur Lewat Untuk Wanita!

Semua orang tahu tidur sangat penting untuk kesihatan tubuh badan, namun masih ramai yang memandang ringan mengenai perkara ini. Biarpun disarankan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari untuk waktu tidur, namun dek kesibukan rutin kerja […]

Featured Tue, 25 Jun 2019
Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

5 Cara Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit memang menjengkelkan ramai wanita kerana ia membuatkan penampilan kelihatan kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika ingin mengenakan busana yang mengikut bentuk badan. Selain itu, perut buncit juga menimbulkan rasa kurang selesa apabila perlu duduk […]

Gaya Hidup Fri, 12 Apr 2019