Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops March 23, 2018 @ 5:35pm

Risau Datuk Takkan Hidup Lama, Wanita China Ini Berkahwin Dengan Datuk Sendiri?

Seorang warganegara China, Fu Xuewei, yang masih single bimbang jika datuknya yang sedang sakit tenat takkan sempat untuk menghadiri perkahwinannya pada suatu hari nanti.

Jadi untuk menyedapkan hatinya, wanita ini telah membuat photoshoot perkahwinan olok-olok dengan Encik Fu pada Disember lepas. Sweetnya!

Ini sekadar gambar je tau. Mereka bukan kahwin betul-betul!

Foto: AsiaWire

Gambar-gambar dari photoshoot tersebut telah dimuat naik di Internet dan menunjukkan Xuewei, 25, memakai gaun putih manakala datuknya, 87 nampak segak dalam satu three-piece sut.

Foto: AsiaWire

Xuewei berkata kepada Chengdu Economic Daily bahawa dia telah membuat keputusan mengadakan photoshoot ini pada bulan September tahun lepas selepas datuknya terkena strok untuk kali kedua dalam masa dua tahun.

Para doktornya telah memberitahu keluarga Fu untuk bersiap sedia bagi mendapat berita buruk.

“Datuk ialah orang yang paling penting dalam hidup saya,” kata Xuewei, yang berasal dari Chengdu.

“Saya belum merancang untuk berkahwin buat masa ini, tapi saya mahukan orang-orang kesayangan saya untuk mengingati mukanya.”

Xuewei kini juga sedang menyiapkan lukisan tatu di lengan kanannya yang menggambarkan wajah Encik Fu sebagai sebuah cara untuk mengingatinya.

Rupa-rupanya Encik Fu memainkan peranan penting dalam membesarkan Xuewei memandangkan ibu bapa Xuewei sentiasa sibuk dengan kerja dan telah bercerai ketika Xuewei masih di bangku sekolah rendah.

Foto: metro.co.uk

Selain dua kali terkena strok, Encik Fu juga telah lama menghidapi sakit jantung yang memerlukan banyak rawatan perubatan.

Walaupun datuknya hidup secara sederhana, Xuewei telah mendapat sokongan daripadanya dalam setiap perkara yang dia ingin buat.

“Dia telah berikan apa saja yang saya minta. Saya tak boleh bayangkan hari yang dia sudah tiada.”

Bila ditanya tentang gambar perkahwinan ini, datuk Fu berkata, “Dia yang nak, jadi kami buat je. Ibu bapanya telah bercerai jadi ini cara saya untuk menggembirakannya.”

Sumber: South China Morning Post

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 16 Jun 2021
Featured Sat, 27 Nov 2021

Kos Menunaikan Haji Dijangka Mencecah Lebih 50 Peratus ATAU RM30,000

kos dan kuota jemaah juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Featured Tue, 17 Jan 2023

Lucu! Ada Duda Meminati Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin Teruja Nak Tolong Adjust

Umum mengetahui, keluarga The Melvins sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu mereka menerusi siaran langsung. Terbaharu, rakaman siaran langsung keluarga tersebut telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok bernama @bonnorhidayah dan ia berjaya […]

Hiburan Fri, 2 Feb 2024

Aman Aziz Akui Belum Puas ‘Berseronok’, Ibu Pernah Halang Kahwin Di Usia 24 Tahun

Nikmati dulu usia muda okay, insyaAllah ada jodoh nanti

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Trending Sat, 8 Jun 2024

Penulis Tak Guna Nama Kak KM Lariskan Buku

Penulis buku jemput Kak KM atas dasar persahabatan.

Trending Wed, 18 Dec 2024

Kembali ke Sabah Selepas 5 Tahun, Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Pada 27 Hingga 29 Disember Ini!

Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung pada 27 Disember hingga 29 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Kompleks Sukan, Kota Kinabalu Sabah!

error: Content is protected !!