familuv By: Yanie Baharom June 7, 2018 @ 12:00pm

Harus Bijak Pikat Hati Anak Agar Si Degil Akhirnya Mendengar Kata

“Kecil-kecil lagi dah pandai keras kepala,” ungkapan seperti ini mungkin pernah didengari anda atau hakikatnya berlaku kepada diri sendiri.

Namun begitu, mempunyai anak yang degil dan keras kepala adalah perkara yang biasa dilalui oleh ibu bapa. Kesabaran amat penting dalam mengendalikan anak dengan attitude sebegini.

Ibu-bapa disarankan jangan berputus asa atau menggunakan kekerasan untuk membuat anak-anak tunduk kepada anda. Sebaliknya, gunakanlah pendekatan yang berhemah misalnya melalui tujuh cara ini untuk mengendalikan anak anda yang stubborn.

Mendengar

Walaupun cara ini mudah untuk dilakukan, namun ibu bapa cenderung untuk mengabaikan ini. Ibu bapa biasanya ingin melakukan sesuatu mengikut cara mereka dan sering memaksa anak untuk mematuhi apa yang dimahukan. Tetapi, anak anda mempunyai minda mereka sendiri dan anda tidak akan tahu sekiranya anda tidak mendengar apa yang mereka inginkan.

Berunding

Pastinya anda juga tidak suka jika ada orang lain mula memerintahkan anda untuk melakukan perkara yang tidak disukai. Hal ini sama juga seperti anak anda. Mereka juga ingin mengawal hidup mereka.

Oleh itu, anda boleh cuba mengubah cara anda dengan memberikan mereka pilihan untuk dipilih. Berunding dengan mereka untuk memilih pilihan yang terbaik. Bimbing mereka dan bukannya memerintah.

Hormat

Semua orang ingin rasa dihormati. Begitu juga dengan anak anda. Jangan sesekali anda memarahi anak anda di khalayak ramai hanya kerana dia tidak mahu mendengar cakap. Lebih lagi jika anda mengeluarkan kata yang boleh mengguris hati anak.

Ini kerana, pertama, ia bukan pandangan yang baik untuk dilihat dan kedua, anak anda pasti akan berasa malu. Bercakap secara baik dengan mereka. Kalau nak marah sekali pun, pastikan anda lakukannya di rumah. Layan mereka seperti orang dewasa, sama seperti anda mahukan orang lain melayan anda.

Foto: More FM

Sentiasa Tenang

Mengendalikan anak yang bersikap degil sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika anda juga seorang yang panas baran dan degil, bagaimana anda ingin mengharapkan anak untuk belajar?

Sentiasa bersikap tenang setiap kali anda berhadapan dengan mereka. Sekiranya, anda tidak boleh melakukannya, minta pasangan untuk mengambil alih seketika supaya anda boleh menenangkan diri.

Berjiwa Kental

Anak yang bersikap degil ini sering berkata ‘tidak’ kepada apa sahaja yang anda mahukan. Anda perlu galakkan mereka untuk berkata ‘Ya’ kepada permintaan anda.

Caranya adalah dengan melakukan perundingan seperti di atas. Anda juga tidak boleh cepat mengalah dengan permintaan mereka. Tetapkan pendirian untuk mengubah sikap anak anda.

Berikan Pilihan

Berikan anak anda tidak lebih daripada dua pilihan dan pastikan pilihan yang anda berikan itu boleh membuatkan mereka berkata ‘Ya’ kepada permintaan anda.

Sebagai contoh, waktu mandi. Waktu mandi mungkin agak sukar bagi sesetengah ibu bapa. Daripada bertanya kepada anak, “Alif, nak mandi?” adalah lebih baik jika anda berikan mereka pilihan seperti ini:

“Alif nak mandi dengan kereta mainan?” atau “Alif nak bawa mainan masa mandi?”

Ini akan membuatkan anak anda tertarik untuk memenuhi permintaan anda jika mereka diberikan pilihan.

Persekitaran Positif

Selalunya anak akan belajar daripada ibu bapa mereka. Jika anda seorang yang degil dan selalu berkata tidak kepada banyak perkara, anak anda pun akan melakukan hal yang sama. Jika persekitaran keluarga anda ada masalah, inilah masanya untuk memperbaikinya.

Tidak kiralah sama ada ia melibatkan isu rumah tangga atau masalah dengan keluarga mertua. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya, mungkin anda boleh cuba menggunakan khidmat kaunselor.

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 6 Aug 2018
Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan […]

familuv Tue, 23 Oct 2018

‘Me Time’ Ruang Bersendirian Bagi Si Ibu Untuk Reset Minda Yang Berserabut

Isteri dan ibu bukan hamba, mereka juga berhak punya masa untuk diri sendiri.

familuv Wed, 15 Jun 2022
familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

familuv Fri, 22 Jun 2018

Menabur Bedak Pada Bayi Anda Sebenarnya Merbahaya! Ini 4 Sebabnya

“Eh, busuknya anak awak! Tak pakaikan bedak ke lepas mandi?!”

Haaa, ibu-ibu mesti tidak suka kan kalau anak korang kena kutuk bau busuk kalau tidak memakai bedak? Memang lumrah sebenarnya, ibu-ibu yang ada anak kecil memang suka sapu bedak pada anggota badan anak mereka supaya tak nak bau busuk.

familuv Wed, 17 Jul 2019
familuv Wed, 1 Aug 2018

10 Tanda Yang Mungkin Anda Sedang Hamil Anak Kembar

Tahniah! Bagi anda yang berjaya hamil anak kembar.