Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops August 8, 2018 @ 4:00pm

Ladies, Jom Serbu Konsert Anuar Zain Di Singapura Oktober Ini!

Setelah kejayaan konsert pada tahun 2015 di Singapura, penyanyi sensasi Malaysia, Anuar Zain kini kembali ke pentas Singapura untuk persembahan satu malam yang istimewa dan pastinya memukau ramai.

Anuar Zain akan muncul dengan konsert terbaru beliau ANUAR ZAIN CINTA TAKKAN BERAKHIR LIVE IN SINGAPORE 2018 pada 26 Oktober 2018, teristimewa buat semua pencinta muzik serta peminat-peminat di Singapura dan serantau.

Sebagai penghibur dan penyanyi yang terkenal di rantau ini, populariti beliau tidak perlu dipertikaikan lagi sejak mula melibatkan diri di dalam industri seni pada usia 13 tahun lagi.

Beliau yang memenangi kategori Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 terkenal dengan persembahan berkharismanya yang mengaluni lagu-lagu balada dengan penuh emosi dan penghayatan.  

Dengan kemenangan dan penghargaan yang diberi oleh Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik serta pelbagai majlis anugerah lain di dalam industri muzik, vokal dan bakat nyanyian Anuar Zain telah meletakkan beliau di dalam liga yang teratas dan tersendiri seterusnya menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi dan penghibur yang dikagumi di rantau ini.

Kerjaya dan kejayaan beliau di dalam industri muzik yang telah menjangkau lebih dari tiga dekad juga telah melahirkan peminat-peminat beliau yang setia dan tegar.

Bersiap sedia untuk dibuai dengan alunan suara merdu penyanyi terkemuka ini. Koleksi lagu lama dan juga yang terbaru pasti akan meninggalkan kesan buat peminat-peminat tersayang.

ANUAR ZAIN CINTA TAKKAN BERAKHIR LIVE IN SINGAPORE 2018 akan diadakan pada 26 Oktober 2018, 8.30 malam di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Tiket-tiket dari SGD $228, $188, $158, $128 dan $98 (tidak termasuk yuran tempahan SISTIC) boleh didapati di semua outlet SISTIC, via hotline 63485555 dan juga secara online di www.sistic.com.sg mulai 3hb Ogos 2018.

Konsert ini dibawakan khas oleh Hype Records. Layari website dan Facebook Hype Records untuk sebarang maklumat lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 20 Jan 2020
Acara Fri, 13 Mar 2020
Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Acara Fri, 1 Apr 2022
Acara Mon, 6 Feb 2023

Konsert Ada Apa Dengan Melly Sukses, Melly Goeslaw Sebak Kenang P Ramlee

Konsert Melly Goeslaw imbau kenangan waktu sekolah…

Acara Fri, 4 Oct 2019

Gaun indah persalinan istimewa raja sehari

Semuanya cantik, pasti pemakainya tambah anggun!

Acara Fri, 12 Jul 2024
Acara Tue, 6 Aug 2024

Sultanah Nur Zahirah Berkenan Rasmi Precious Of Malaysia, Lancar Buku Pesona Kebaya

Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli merasmikan Precious Of Malaysia.

error: Content is protected !!