familuv By: Ad Ops October 18, 2018 @ 9:00am

Buat ‘Biskut Akuarium’ Bersama Anak Anda, Mudah & Unik!

Jika anda sedang mencari sebuah aktiviti menarik untuk dilakukan bersama anak anda, di sini ada satu idea!

Jika umurnya sesuai, apa kata anda berdua sama-sama bakar biskut? Anda bukan saja dapat meluangkan lebih banyak masa dengannya, tapi dia juga akan berpeluang untuk biasakan diri di dapur. Betul tak? 

Resipi biskut cip coklat dah biasa sangat orang buat. Di sini ada satu resipi untuk sejenis biskut yang lagi menarik, iaitu Aquarium Cookies. 

Kenapa namanya begitu? Cuba anda lihat betul-betul rupanya. 

Tengoklah! Isinya boleh bergerak-gerak, dan memang nampak macam ikan di dalam akuarium, kan?

Walaupun makanan tak elok dibuat mainan, anak anda mesti rasa seronok kerana mana pernah ada biskut macam ini?

Lagipun resipi ini mudah sangat, anak anda gerenti boleh join dan tolong. 

Jika anda berminat nak buat, ikuti resipi di bawah.

Bahan-bahan

  • 4 auns mentega tanpa garam, dilembutkan (115 gram)
  • ½ cawan gula (100 gram)
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum (250 gram)
  • 20 biji gula-gula keras berwarna-warni
  • sprinkles, sebagai penambah rasa
  • ¼ cawan white chocolate, dicairkan (60 gram)

Cara Penyediaan

  1. Di dalam sebuah mangkuk sederhana, gaulkan mentega lembut dan gula hingga halus. Tambahkan telur dan kacau elok-elok untuk adunkan.
  2. Tapiskan tepung ke dalam mangkuk ini dan gaul hingga betul-betul sebati.
  3. Balut dough ini dengan plastic wrap dan biarkan sebentar di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  4. Panaskan oven ke 180˚C.
  5. Taburkan tepung ke atas tempat menguli anda dan rolling pin supaya dough tak melekat. Uli dough hingga ketebalannya menjadi ¼- ke ⅛ inci (3 ke 6 mm).
  6. Dengan menggunakan acuan biskut bulat bersaiz 7.5cm, potong dough tersebut. Kemudian potong pula kepingan dough bulat tadi di bahagian tengahnya dengan acuan bersaiz 5cm. Jadi sekarang ia dah jadi bentuk gelang.
  7. Letakkan kepingan dough di atas loyang yang berlapikkan kertas minyak dan bakar selama 10 minit.
  8. Keluarkan loyang dari oven (jangan tutup api oven lagi ya!) dan letakkan gula-gula keras di bahagian tengah setiap biskut. Nota: Nanti dua kepingan biskut ini akan dicantum menjadi satu biskut penuh, jadi pastikan setiap warna gula-gula yang anda gunakan ada pasangannya (iaitu satu atas, satu bawah).
  9. Bakar selama 3 ke 5 minit atau hingga gula-gula itu cair dan tersebar. Biarkan sejuk habis.
  10. Di dalam mangkuk yang sesuai untuk penggunaan microwave oven, cairkan white chocolate selama 10 ke 15 saat. 
  11. Untuk biskut bawah, taburkan springkles kegemaran anda ke bahagian gula-gula yang telah mengeras. Untuk biskut atas pula, sapukan coklat cair di bahagian rim.
  12. Kemudian cepat-cepat lekatkan kedua-dua keping biskut itu macam sandwich. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum makan.

Jom rujuk kepada video tutorial di bawah ini sebagai pertolongan visual.

Nota: Resipi ini dapat menghasilkan sebanyak 8 ke 10 keping biskut.

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 30 Jun 2018

Anda Wajib Baca Artikel Ini Terutamanya Jika Anda Datang Dari Broken Family

Seorang pengguna Facebook menceritakan pengalamannya merawat penagih dadah yang kini menanti hukuman gantung.

familuv Tue, 27 Nov 2018

Doktor Ini Beri Sebab Kenapa Anak Tak Lalu Makan

Kadang-kadang sampai bergaduh nak beri anak makan!

familuv Thu, 1 Aug 2019

Nasihat keibuan Michelle Obama buat Meghan Markle terdiam

Nak tahu apa nasihat ini? Teruskan baca.

familuv Mon, 24 Dec 2018

Inilah Trend Nama Bayi Di Amerika Untuk Tahun 2018, Pelik-Pelik Belaka!

Ada juga yang letak nama makanan untuk nama anak mereka.

familuv Thu, 9 Aug 2018

Susu Badan Boleh Tahan Berapa Lama Selepas Ia Diperah? Semua Ibu Perlu Tahu

Memanglah ia boleh disimpan dalam peti ais tapi sampai bila?

familuv Tue, 3 Mar 2020
familuv Thu, 2 May 2019

Besarkan 6 anak dengan poket kosong, terpaksa tebalkan muka pinjam duit jiran

Penerima Anugerah Ibu Mithali Harian Metro 2019 kongsi kisah duka

familuv Thu, 2 Apr 2020
Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023
familuv Thu, 3 Oct 2019

Panduan posisi tidur selamat dan terbaik bagi wanita hamil

Tidur yang berkualiti amat penting bagi ibu dan kandungan.