Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 7, 2019 @ 10:00am

Suka menunjuk-nunjuk dan tayang kemewahan cara orang kaya baru nak naik! 

Sikap suka menayang kekayaan dengan mempamerkan barangan berjenama, kereta mewah, pakaian berjenama dan rumah besar untuk membuktikan diri mereka sememangnya kaya dan berharta, dikatakan sudah ketinggalan zaman. 

Masyarakat berstatus elit kini lebih mengutamakan keselamatan privasi mereka sekeluarga.

Golongan kaya dan berpengaruh ini lebih selesa memilih kediaman yang jauh dari kesibukan dan hiruk-pikuk bandar, malah alamat kediaman mereka sukar dikesan melalui Google Street View dan Waze.

Foto: EVENTup

Jika dahulu jenama mewah yang menjadi kegilaan wanita hanya boleh dimiliki oleh golongan kaya-raya sahaja, namun kini jenama mewah itu mampu dimiliki oleh golongan kelas pertengahan. Sedangkan golongan kaya membeli jenama mewah sebagai pelaburan semata-mata.

Terbaharu trend golongan elit era moden tidak lagi menunjukkan kekayaan dengan gaya sebegitu sebaliknya mereka kini memilih untuk melabur dalam pendidikan dan kesihatan. 

Foto: worldscholarshipforum.com

Keluarga kaya kini sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka.

Mereka akan menghantar anak-anak ke sekolah swasta dengan silibus dan pengkhususan tertentu mengikut sasaran masing-masing. Keluarga kaya ini juga akan menghantar anak mereka ke universiti ranking terbaik di dunia seperti Universiti Harvard atau Universiti Oxfords.

Begitu juga dengan tahap kesihatan. Keluarga kaya era modenisasi akan memilih kediaman yang mempunyai kawalan rapi dengan kawasan sekitar yang indah dan penuh dengan pokok-pokok. 

Mereka sanggup membayar kediaman sebegitu apatah lagi lengkap dengan kawasan riadah dan mempunyai gimnasium khas untuk penduduk setempat sahaja.

Ada juga yang sanggup membayar yuran keahlian pusat kecergasan yang tinggi dan mengupah pengajar untuk menjaga jadual dan tahap kecergasan mereka.

Begitu juga dengan rawatan di hospital. Mereka akan mendapatkan rawatan terbaik termasuk mengambil pelan kesihatan daripada syarikat insurans dengan bayaran bulanan yang tinggi. 

Foto: Tech Zone Future

Ada juga yang menggaji jururawat peribadi di rumah jika kutang sihat dan sebagainya. Sebab itu kita lihat semakin banyak hospital swasta dibuka setiap tahun.

Sumber: Nona

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Dec 2018

Keluarga Ini Tawarkan RM418,050 Kepada Jurufoto Yang Boleh Melancong Keliling Dunia Dengan Mereka

Tugasnya hanyalah menangkap gambar ketika ahli keluarga tersebut bersuka ria.

Gaya Hidup Sat, 1 Dec 2018

Pakai iPhone Di China, Anda Dianggap Miskin!

Golongan berpendapatan tinggi di China lebih menggemari jenama Huawei dan Xiaomi.

Gaya Hidup Fri, 23 Dec 2022
Featured Thu, 4 Jul 2019

Figura Julai 2019: Hawa Rizwana, Wajah Pelaris TV3.

Hawa merupakan penyampai berita termuda di TV3!

Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Gaya Hidup Mon, 10 Dec 2018
Featured Fri, 30 Aug 2019
Featured Sun, 29 Mar 2020
Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

Syarikat Telekomunikasi Gergasi Apple Inc, Bakal Lancar Kereta Pertama 2023 Nanti!

iCar sebuah projek mega dilaksanakan Apple Inc membabitkan bajet bernilai trilion dolar!

error: Content is protected !!