Sihat By: Ad Ops November 11, 2019 @ 5:56pm

Bolehkah makan ubat yang sudah lepas tarikh luput?

Seperti produk makanan dalam tin atau yang dibungkus, ubat juga mempunyai tarikh luput yang lazimnya tertera pada bekasnya. Tetapi adakah itu bermakna ubat berkenaan dikira rosak setelah melepasi tarikh luput ini?

Adakah ia tidak lagi selamat untuk dimakan? Jika dimakan juga, apakah kesannya, mungkinkah rasa sakit akan bertambah, ataupun adakah ia boleh membawa maut?

Persoalan ini pastinya menjadi kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan satu kolum dalam Psychopharmacology Today ada penjelasannya. Menurut artikel Sekolah Perubatan Harvard, tarikh luput ada fungsinya, tetapi mungkin bukan seperti yang disangka.

Sejak satu undang-undang dikuatkuasakan pada 1979 membabitkan tempoh yang sesuai bagi sesuatu ubat itu dikategorikan dalam keadaan baik, pengeluar ubat diharuskan untuk meletakkan tarikh luput pada setiap produk mereka.

Tarikh ini menandakan sehingga bila pengeluar ubat masih boleh menjamin keberkesanan dan keselamatan ubat berkenaan. 

Tarikh luput ubat ada tertera pada bekasnya. Gambar hiasan/Sumber: Sott

Penetapan tarikh luput ubat dikatakan berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) di atas permintaan tentera di negara itu. Mereka dilaporkan sering dikehendaki membuang dan mengganti stok ubatan dalam kuantiti yang besar dan mahal.

Menerusi kajian ini, FDA mendapati 90 peratus daripada kira-kira 100 jenis ubat masih selamat untuk dimakan walaupun tarikh luputnya sudah tamat 15 tahun sebelumnya. 

Berdasarkan kajian itu, tarikh luput tidak menunjukkan bila sesuatu ubat itu tidak lagi berkesan atau selamat, namun keberkesanan sesuatu ubat tetap akan menurun dari masa ke masa dan masih boleh bertahan walaupun sedekad sudah berlalu.

Kebanyakan ubat sememangnya mampu tahan lama seperti ubat-ubat yang telah diuji oleh FDA, melainkan nitroglycerin, insulin dan antibiotik cecair, 

Menyimpannya di tempat dingin seperti di dalam peti sejuk akan membantu ubat tahan lebih lama.

Ubat anda masih boleh bertahan jika anda simpan di dalam peti sejuk. Gambar hiasan/Sumber: Independent.co.uk

Taktik oleh pengeluar ubat?

Sesetengah pihak berpendapat penepatan tarikh luput itu sebenarnya adalah taktik yang digunakan oleh pengeluar ubat supaya pembeli sentiasa membeli ubat baharu.

Begitupun untuk menyedapkan hati, anda boleh menganggap yang tarikh luput itu bertujuan membantu memastikan anda betul-betul dapat menikmati nilai ubat yang dibeli.

Sekiranya menghadapi dilema seperti ini, ingat apa yang anda telah pelajari di sini. Jika tarikh luput ubat sudah lebih beberapa tahun dan anda memang mementingkan ‘kesegaran’ ubat yang dibeli, mungkin sebaik-baiknya beli saja yang baharu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keselamatan pengambilan mana-mana ubat, tanya ahli farmasi anda.

Jika risau, rujuk ahli farmasi anda. Gambar hiasan/Sumber: Foodnavigator.Asia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Wed, 29 Apr 2020
Sihat Wed, 17 Oct 2018
Featured Tue, 17 Jul 2018

Tak Suka Makan Durian? Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Khasiat Raja Buah Ini

Anda boleh mula ‘jinak-jinakkan’ diri dengan meminati dan makan buah durian selepas membaca manfaatnya.

Featured Thu, 19 Mar 2020
Sihat Tue, 15 Oct 2019

Anda mempunyai gastrik? Ketahui puncanya

Ramai yang tidak perasan akan punca berlakunya gastrik

Sihat Thu, 1 Nov 2018

Virus RSV Boleh Meragut Nyawa Bayi. Jom Ketahui Punca Penyakit Ini!

1 atau 2 daripada 100 bayi berumur 6 bulan ke bawah akan dijangkiti RSV dan perlu dimasukkan ke dalam hospital.

Sihat Thu, 19 Jul 2018

5 Makanan Berkalori Tinggi Yang Sebenarnya Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Selama ini, anda tertipu! Gerenti anda takkan sangka yang makanan ini bagus sebenarnya.