Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom March 3, 2020 @ 3:25pm

Resah vitiligo tiba-tiba muncul, usah risau ada rawatan awal mencegahnya

Semenjak hampir setahun yang lalu disahkan menghidap vitiligo atau sopak, seorang sahabat penulis bagaikan hilang keyakinan diri walaupun masalah yang dialaminya itu boleh dikatakan masih di peringkat awal.

Sedangkan dia yang penulis kenal, seorang cukup berkeyakinan, kuat melaram dan sangat suka menjaga kecantikan.

Melalui perbualan kami baru-baru ini, dia sempat meninggalkan komen di ruangan Instagram, dengan memuji kecantikan seorang teman.

“Untungnya. Kulit tak ada masalah. Saya ada vitiligo. Saya tidak boleh dah nak ambil vitamin dan kolagen….,” kata wanita tadi.

Memahami perasaannya, penulis terpanggil untuk membuat sedikit rujukan mengenai vitiligo dan bagaimana mengatasi masalah kulit ini.

Kalau di Amerika Syarikat mahupun negara Eropah, mereka yang menghidap vitiligo dianggap unik malah ada dalam kalangan mereka cukup terkenal dan berpengaruh.

Selain mendiang Michael Jackson, supermodel Winnie Harlow telah membuktikan kepada dunia bahawa vitiligo bukan penghalang untuk dirinya berjaya di pentas peragaan!

Foto: Biography

Berbeza sekali keadaan di Malaysia, individu yang menghidap vitiligo bukan saja selalu berasa rendah diri tetapi sesetengahnya menjadi mangsa buli.

Di sini, Hijab & Heels (H&H) ingin berkongsi tip bagaimana penghidap vitiligo boleh memperlambatkan proses pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia.

Rawatan vitiligo

Penyakit ini tidak dapat sembuh sepenuhnya. Rawatan yang diberi bertujuan untuk menghasilkan semula pigmentasi dan menstabilkan proses kehilangan pigmentasi.

Rawatan boleh dibahagikan kepada:

  • Rawatan umum
  • Rawatan topikal
  • Fototerapi
  • Rawatan pembedahan

Rawatan topikal sesuai untuk pesakit vitiligo setempat, fototerapi sesuai untuk pesakit vitiligo umum dan rawatan pembedahan diberikan kepada pesakit vitiligo bersegmen.

Bagaimanapun H&H memilih untuk memperkatakan mengenai rawatan umum saja  dan rawatan topikal, kerana ingin memfokuskan mereka yang baharu saja menghidap penyakit kulit ini.

Apa yang perlu dilakukan mereka kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Rawatan umum

Pesakit vitiligo perlu menggunakan krim pelindung matahari  di tompok-tompok sopak yang terdedah kerana kehilangan melanin yang merupakan pelindung natural kulit daripada cahaya matahari.

Foto: NBC News

Menggunakan kosmetik dan pewarna kulit untuk menutupi kawasan yang terlibat bagi mengurangkan tekanan perasaan.

Foto: YouTube

Rawatan topikal

Rawatan ini paling berguna untuk vitiligo setempat yang baru terjadi. Kortikosteroid topikal mempunyai kadar kejayaan paling tinggi.

Topikal tacrolimus

Sesuai untuk pesakit yang berusia lebih muda dan bagi kawasan kulit yang sensitif seperti kelopak mata kerana rawatan tidak menyebabkan kulit menjadi nipis dan kesan negatif lain yang disebabkan oleh steroid.

Pelunturan pigmentasi

Melibatkan pelunturan kulit secara kekal kepada bahagian kulit normal (tiada vitiligo). Ia hanya dipertimbangkan apabila kaedah rawatan lain tidak berkesan. 20 peratus  Monobenzylether hydroquinone digunakan pada kulit sehingga warna kulit luntur dan kelihatan sekata dengan bahagian kulit vitiligo.

Akhir kata buat penghidap vitiligo, kalian adalah istimewa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 20 Nov 2018

Menghindari Diabetes, Satu Daripada 6 Manfaat Berjalan Kaki 15 Minit Selepas Makan!

Berjalan selepas makan cukup hanya 15 minit, akan membuat paras gula darah menurun sebanyak 12 hingga 22 peratus.

Featured Wed, 13 May 2020
Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Thu, 23 Jan 2020

Kebaikan limau mandarin untuk kecantikan dan kesihatan

Terlalu banyak khasiatnya, tetapi perlu waspada

Sihat Mon, 16 Jul 2018
Sihat Thu, 27 Jun 2019

Banyaknya kalori terbakar dengan kerja rumah, kagum tak?

Selain rumah bersih, pinggang pun semakin ramping!

Sihat Tue, 25 Dec 2018

Hidung Kerap Berdarah, Jangan Buat Tak Endah Kerana Anda Berkemungkinan Mangsa Kanser!

Di Malaysia, kanser hidung biasanya dihidapi oleh pesakit berbangsa Cina.

Sihat Sun, 21 Oct 2018

Jangan Sambil Lewa Kepentingan Vaksin, Pastikan Anak Anda Mendapatkan Suntikan Ini!

Suntikan vaksin dapat mengurangkan dan membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal, tetanus dan difteria.

error: Content is protected !!