Euforia Bola 2026
familuv By: Fadzlena Jafar April 13, 2020 @ 4:35pm

Bunuh ibu kerana ketagih permainan dalam talian

Pada Oktober 2007, seorang remaja berusia 16 tahun dari Wellington, Ohio, Amerika Syarikat (AS) menembak mati ibunya dan mencederakan bapanya, hanya kerana tidak dibenarkan bermain permainan dalam talian kegemarannya, Halo 3.

Ketika perbicaraan, peguambela memberikan alasan pembelaan tidak waras kerana selain terperap lama di rumah berikutan kecederaan jetski, remaja berkenaan, Daniel Petric juga dikatakan terpengaruh dengan permainan berbentuk peperangan itu.

Bapa Daniel sudah memaafkan tindakan anaknya itu dan berharap apa ya pengajaran kepada semua ibu bapa. (Gambar daripada rakaman perbicaraan Daniel di mahkamah)

Bagaimanapun, Daniel disabitkan bersalah, namun terselamat daripada hukuman gantung sampai mati berikutan rayuan bapanya. Sebaliknya remaja itu dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun sehingga 2030. Selepas hampir 13 tahun dipenjara, media di AS melaporkan beliau mungkin diberi parol tidak lama lagi kerana berkelakuan baik.

Ketika ditemu bual dalam program Crime + Investigation yang kini sedang ditayangkan di Malaysia, Daniel melahirkan kekesalan atas apa yang berlaku dan sesekali mengalirkan air mata apabila memperkatakan mengenai ibunya. Beliau yang kini lebih fokus pada kehidupannya, berazam untuk membantu kempen kesedaran terhadap bahaya ketagihan gajet khususnya permainan dalam talian.

Sedutan daripada rakaman perbualan Daniel dalam program Crime+ Investigation.

Portal Anadolu Agency, melaporkan semakin ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami kecelaruan mental akibat ketagihan peranti atau juga dikenali sebagai ketagihan gajet. 

Di hospital Bogor, Jawa, umpamanya sebanyak 25 peratus pesakit kanak-kanak yang dirawat di hospital itu adalah disebabkan ketagihan gajet.

Menurut Pakar Psikologi di hospital berkenaan, Dr Ira Savitri Tanjung, berdasarkan kajian yang dijalankan ketagihan gajet yang kronik boleh dikategorikan sebagai kecelaruan mental.

“Setiap hari, saya akan merawat 30 pesakit dan 25 peratus daripadanya atau lebih 7 kanak-kanak yang datang disebabkan masalah berkaitan ketaksuban terhadap permainan dalam peranti.

“Berikutan peningkatan jumlah kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku akibat terlalu taksub bermain dengan peranti, pakar perubatan bersetuju masalah itu sebagai sebahagian daripada isu kesihatan mental,” katanya.  

Antara tanda seseorang kanak-kanak itu ketagihan gajet adalah bermain permainan dalam peranti sehingga berjam lamanya, selain enggan ke sekolah kerana ingin bermain permainan berkenaan.

Dr Ira berkata, ibu bapa atau penjaga juga perlu memerhatikan perubahan dalam tingkah laku si kecil termasuk selalu mengelak interaksi sosial.

“Kanak-kanak yang ketagihan akan menunjukkan sikap yang agresif sehingga mampu mencederakan orang lain dan juga diri sendiri. Meskipun dimarahi ibu bapa, mereka tidak akan takut kerana keinginan yang melampau untuk bermain menyebabkan hilang rasa takut.

“Berbeza dengan kanak-kanak atau remaja lelaki, kita melihat remaja perempuan pula begitu taksub dengan aplikasi seperti Facebook, Instagram dan TikTok yang juga sama bahaya,” katanya.

Rakannya, pakar Psikiatri Bagi Remaja Dan Kanak-Kanak di hospital sama, Dr Marzuki Mahdi, berkata rawatan yang lazimnya disarankan bagi ketagihan gajet merangkumi rawatan yang lebih holistik.

“Hospital akan mencadangkan rawatan membabitkan ubat psikofarmaseutikal, terapi tingkah laku dan pemulihan psikososial. Sepanjang rawatan dijalankan, kanak-kanak berkenaan tidak dibenarkan bermain peranti itu, sebelum dibenarkan bermain untuk tempoh yang amat terhad.

“Kanak-kanak berumur kurang empat tahun pula tidak boleh dibenarkan bermain permainan dalam talian sama sekali,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Kira kalori pastikan gaya hidup sihat

Inilah kira-kira yang menguntungkan

Featured Thu, 22 Dec 2022

Tidak Mahu Layan Permintaan Individu, Nama Ruhainies Di Senarai Hitam?

Hmm sampai macam tu sekali.. siapa agaknya kan?

Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!

Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]

Featured Sat, 7 Jan 2023

Selar Luah Perasaan Di Media Sosial, Rozita Che Wan Pesan Lebih Baik Kalau…

Pelakon jelita, Rozita Che Wan menyelar tindakan golongan masa kini yang kerap meluahkan rasa tidak puas hati di sosial media. @jesnita_armanda Replying to @Rini Lee #rozitachewan tuju kat #neelofa ke?🥲 #fazura #neelofa #rcw ♬ Usai […]

Featured Fri, 4 Aug 2023
error: Content is protected !!