Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 2, 2020 @ 10:00am

“Kali Ini Lebih Gementar & Emosi..” – Umum Kehamilan Kedua, Siti Nurhaliza Ikut Saranan Ustaz

Selepas mendedahkan berita gembira menerusi akaun Instagram miliknya semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kehamilan kedua membuatkan beliau lebih gementar dan beremosi.

“Ya, kandungan kali ini saya lebih nervous sebab risiko tinggi lebih-lebih lagi negara masih dalam fasa pandemik. Malah kali ini saya saya rasa lebih beremosi dan cepat penat mungkin kerana faktor usia,” katanya.

Kandungan kedua masih melalui proses IVF

Siti juga mengakui masih menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF) untuk kandungannya kali ini.

Menurutnya, rawatan IVF tersebut sepatutnya dijalankan lebih awal dari tarikh sebenar, namun disebabkan peningkatan kes Covid-19, rawatan tersebut berjalan sedikit lewat.

“Saya masih menjalani rawatan IVF untuk kandungan kali ini. Masa tu, saya rasa 50-50, sebab sebelum ini pun saya banyak kali buat juga kan, jadi saya tak berharap tapi, Allah sahaja yang tahu masa tu,” katanya lagi.

Ikut saranan ustaz

Ketika ditanya mengapa beliau memilih tarikh 1 Disember 2020 sebagai tarikh pengumuman, Siti bagaimanapun memaklumkan bahawa ia adalah berdasarkan nasihat yang diberikan dari ustaz.

Sebenarnya, bukan mengenai tarikh pun. Cuma ustaz kata adalah lebih baik jika kandungan berusia 4 bulan baru diumumkan kerana masa itu roh telahpun ditiup,” katanya pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya, semalam.

Tambahnya lagi, kini usia sebenar kandungan beliau telah masuk 4 bulan setengah.

Terdahulu, Siti mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K sekitar tahun 2017.

Kemudian, Siti selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Dec 2017

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

[VIDEO] “Ubat Arwah Akiko Bukan Dirampas, Saya Serah Sendiri Kepada Pihak Berkuasa” – Ridzuan Ridzokumura Sebak Luah Rasa Terkilan

Ridzuan Ridzokumura nafi ubat-ubatan milik Arwah Akiko dirampas, sebaliknya dia serahkan kepada pihak berkuasa

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

Trending Thu, 23 Jun 2022
Trending Wed, 26 Dec 2018

Rebat Bil Elektrik RM40 Kepada 185,000 Miskin Tegar Tahun Hadapan

Program rebat bil elektrik adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat seperti yang telah dinyatakan dalam Bajet 2019 pada 2 November lepas

Hiburan Fri, 8 Dec 2023
Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Elizad Terharu Tunku Permaisuri Agong Usap Perut Sambil Doa Kurnia Zuriat

Insya-Allah semoga ada rezeki buat Elizad dan suami ❤️

error: Content is protected !!