Trending By: Salma Syahbuddin December 7, 2020 @ 10:32am

Mas Idayu ‘Naik Angin’ Di Pentas LCK2? Jom Recap Ranking & Komen Penuh Juri Di Episod 4

Pentas Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) minggu ke-4 terus dihangatkan dengan persembahan pembukaan dari pengacaranya, Elly Mazlein dan Diva AA menerusi lagu Suci Dalam Debu nyanyian asal Kumpulan Iklim yang pernah popular sekitar tahun 1990-an.

Bukan itu sahaja, minggu ke-4 ini juga turut dimeriahkan dengan barisan artis jemputan seperti, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, Norman Hakim, Stacy dan juga Akim yang bakal membuat persembahan penutup untuk episod 4 kali ini.

Jom saksikan persembahan dari pasangan Lagu Cinta Kita 2 minggu ke-4 ini, apa agaknya komen juri terhadap persembahan mereka.

Nadeera & Khareez

Ajai – 58%

Mas Idayu – 50%

Lagu – Aku, Kau Dan Muzik

Terus panas, pentas LCK2 dimulakan dengan persembahan pasangan Nadeera dan Khareez menerusi lagu Aku, Kau, Muzik nyanyian asal Stacy dan Akim. Dan, ternyata persembahan pasangan ini mendapat pujian daripada Mas Idayu.

Mas Idayu : Untuk lagu ini, Mummy nampak kekuatannya terletak pada Nadeera. Agresif vokal, body language. Khareez, awak kena agresif untuk lagu ini daripada energi, soul, kena ada chemistry. Selebihnya mummy suka.

Ajai : Masing-masing ada pendengaran dan pendapat masing-masing. Bagi saya takde problem dengan Khareez tetapi Nadeera kena projection dan vokal skill perlu.

Zhafri & Sharee Lopes

Ajai -10%

Hael – 53%

Lagu – Tak Pernah Hilang

Ternyata persembahan pasangan ini mendapat kritikan daripada juri apabila kedua-duanya dilihat tidak mempunyai chemistry dalam nyanyian.

Ajai : Kamu punya hold note tu, hold note adalah penting dalam nyanyian. Kalau kamu tak hold note betul-betul dia akan pegi ke note yang lain. Zhafri, awak punya keyakinan, placement, feeling, ketakutan merangkumi segalanya. Dua orang punya confident level dan chemistry tu, mesti ada latihan.

Hael Husaini : Susah untuk kitorang nak terima. Zaff obvious nervous. Dalam duet ni, kalau sorang kecundang, dua-dua kecundang. So, good luck lah!

Fariqwan & Mina

Mas Idayu -58 %

Hael Husaini – 65 %

Lagu – Memori Daun Pisang

Membawakan lagu bergenre dangdut, Fariq dan Mina ternyata menarik minat Hael Husaini dengan gaya persembahan pasangan mereka.

Mas Idayu : Mummy tau ini bukan forte kamu, tapi mommy tengok dari segi effort lain. Terutamanya yang lelaki,yang perempuan ad-lib tak cantik dan senget tetapi awak berdua tak nampak nervous. Tapi perbetulkan mana yang silap. Mommy salute yang lelaki!

Hael Husaini : Saya rasa dari minggu pertama awak saya boleh katakan pasangan yang sangat menghiburkan. Yang sangat adorable.

Yazmin & Syahmi

Ajai – 40%

Hael Husaini – 75%

Lagu – Shallow

Membawakan lagu runut bunyi bagi filem Stars Is Born, nampaknya pasangan ini diberikan kelebihan menerusi alunan piano dari pengarah muzik dan penggubah lagu terkenal, Genervie Kam.

Ajai : Sebenarnya bila kamu menyanyi kamu banyak berfikir parts. Tapi sebelum last tu, kamu fikir to hit that note. Mana penjiwaan, penjiwaan yang menyedapkan nyanyian.

Hael Husaini : It’s hard. tapi saya boleh bagi credit. Saya rasa persembahan ini ada classy dia. I like the outfit kerana ia membantu persembahan. Tapi, Syahmi harmonise not bad.

Darling & Adly

Ajai – 68 %

Mas Idayu – 65%

Lagu – Kopi Dangdut

Nampaknya, pasangan ini antara yang memberikan saingan pada episod minggu ini. Bukan sahaja kedua-duanya dilihat sangat profesional, malah pasangan ini nampak selesa menyanyikan lagu tersebut,

Mas Idayu : Daripada yang lain-lain, mummy sangat suka pasangan ini. Energy kedua-duanya ada, korang ada karakter tersendiri. Semua apa yang awak sampaikan malam ini, mummy sangat happy!

Ajai : Darling, bila nyanyi dangdut you kena groove, kalau tak hilanglah.. Adly jangan ada gangguan. kalau tak saya boleh bagi awak 70 ke atas.

Hael Husaini : Adly saya nak bagi credit on. Sebab bukan senang nak spot on!

Ariff & Hidayah

Mas Idayu – 67%

Hael Husaini – 65%

Lagu – Sri Kandi Cintaku

Bagi juri, persembahan ini sangat baik cuma terdapat kelemahan dari segi chemistry pasangan.

Mas Idayu : Wow, anda punya keroncong mummy dapat terima dan mummy sangat suka suara Hidayah. Itu yang mummy dapat rasakan.

Hael Husaini : Bagi saya saya dah banyak dengar rendition cuma kurang sedikit ex factor dalam persembahan korang.

Syafiq & Serra

Ajai – 42%

Hael Husaini – 60%

Lagu – Kasihnya Laila

Juri mengakui,sejak dari minggu pertama lagi, kekuatan pasangan ini adalah terletak pada Serra. Kenapa? Korang dengar apa komen juri.

Ajai : Sebenarnya kekuatan pasangan ini adalah Serra. Awak punya flow of dynamic tu bagus. Syafiq banyak mendatar. Try to avoid kan.

Mas Idayu : Syafiq, awak punya vokal karakter tu kurang. Body language kurang.

Iss Arffan & Mya

Ajai – 65%

Mas Idayu – 60%

Lagu – Aku Dan Dirimu

Pasangan ini juga nampaknya dipuji kerana memberikan persembahan yang bagus berbanding minggu sebelumnya.

Mas Idayu : Kalau nyanyi Mya tolong buka mulut. Rasanya kalau buka mulut mungkin lebih baik.

Ajai : Sepatutnya korang boleh dapat markah banyak lagi, cuma korang terlupa lirik dan note tadi.

Indra & Farah

Mas Idayu -38%

Hael Husaini – 60%

Lagu – Seandainya

Nampaknay persembahan Indra an Farah kali ini tidak sebagus seperti minggu lepas apabila kedua-dua juri menanggap persembahan mereka minggu ini agak rushing dan chemistry kedua-duanya kurang.

Hael Husaini : Saya rasa persembahan korang pada minggu lepas lebih baik dan minggu ini persembahan korang kurang sedikit. Lagipun kedua-duanya kedengaran seperti rushing.

Mas Idayu : Awak buat apa taditu sebenarnya?! Awak punya stage performance macam nak bergaduh. Mummy tak suka persembahan awak Indra.

Ajai : Indra, i dont think you boleh jadi penyanyi.

Kael & Evi

Ajai – 80%

Hael Husaini – 85%

Lagu – Bukan Cinta Biasa

Persembahan yang sentiasa konsisten dan pasangan ini teruskan momentum dalam persembahan.

Ajai : 80% ini termasuklah note-note yang susah untuk dilontarkan. Tapi korang berani dan congrats!

Amir & Balqis

Ajai -15%

Mas Idayu – 40%

Lagu – Sway

Mungkin persembahan pasangan ini bukanlah yang terbaik kerana banyak kesilapan yang dilakukan oleh kedua-duanya termasuklah lupa lirik. Opss!

Ajai : Because ada part-part yang terlupa, tertinggal so maknanya ia tidak boleh begitu

Mas Idayu : Kenapa jadi macam tu Amir? Kenapa boleh tertinggal? Balqis kenapa sebutan tak jelas dan sikit kalau ada markah tu, sebab effort.

Hariz & Mafa

Hael Husaini – 80%

Mas Idayu – 70%

Lagu – Peluang Kedua

Nampaknya kebolehan pasangan ini tidak perlu dipertikaikan. Persembahan dan vokal kedua-duanya saling melengkapi.

Hael Husaini : I did not have any doubt, Thank you so much kerana bawakan lagu ini secara rendisi awak. i love your performance.

Mas Idayu : Hariz dengar balik performance secara broadcast so, nanti boleh belajar.

Episod ke-4 juga menyaksikan dua penyingkiran iaitu, pasangan Indra dan Farah, Sharee Lopes dan Zafri.

Apapun, jangan lupa saksikan Lagu Cinta Kita 2 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ianya juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023

Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Min pun tak tengok lagi citer ni, tapi klip tu dah tengok lah… 🙂

Trending Tue, 10 Mar 2020

[VIRAL] “Welcome Back Abah!,”- Khairy Jamaluddin Trending Selepas Kembali Jadi Menteri

SELEPAS bebarapa minggu negara kita digemparkan dengan kemelut politik negara, akhirnya perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan jemaah ahli kabinet terbaharu pada Isnin lalu (9 Mac). Ternyata perlantikan jemaah kabinet terbaharu ini mendapat […]

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Trending Wed, 10 Apr 2019

Pelakon Siri Full House Berdepan Hukuman Penjara 40 Tahun

Sampai macam tu sekali mak bapak diorang sanggup bayar semata-mata anak diorang masuk Universiti? OMG!

Featured Fri, 4 Aug 2023

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Wah, tak sabarnya nak tengok pengantin nanti💖💖💖

Trending Thu, 9 Jul 2020
Trending Mon, 2 Mar 2020

COVID-19: Jururawat Pelatih Jadi Mangsa Terbaharu Di Malaysia!

Mangsa Covid-19 yang ke 29 di Malaysia!

Hiburan Sun, 15 Jan 2023

Darah Manis! Bakal Dirisik, Zarina Anjoulie Kongsi Momen Shopping Cincin Kahwin

Pelakon Zarina Anjoulie tampil berkongsi momen dirinya membeli cincin perkahwinan bersama kedua ibu bapanya dan bakal suaminya, Datuk Seri Kazrul. Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju kelihatan sangat berseri dan […]