Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 6, 2021 @ 3:28pm

Vaksin Berupaya Tangani Mutasi Baharu Virus Covid-19

Baru-baru ini, ramai nampaknya yang mempersoalkan tentang sejauh mana keberkesanan vaksin yang bakal dibekalkan kepada 26 juta rakyat Malaysia bermula bulan depan.

Justeru itu, pakar perunding pediatrik di Hospital Pakar KPJ Damasara Dr Musa Mohd Nordin menjelaskan tubuh badan manusia itu sendiri bersifat ‘bijak’, kerana ia bukan sekadar mengeluarkan antibodi yang membunuh sesuatu kuman tetapi juga mengeluarkan antibodi yang mempunyai imun memori.

Tambahnya, walaupun tahap antibodi seseorang itu berkurangan, badan manusia akan mengeluarkan sel memori yang mana apabila diserang oleh virus, memori itu akan mengeluarkan antibodi yang baharu.

Dr Musa juga menjawab persoalan mengenai kaedah keselamatan vaksin di mana pakar kajian meletakkan dua bulan sebagai tempoh mencukupi untuk mengenal pasti lebih daripada 90 peratus kesan sampingan yang utama.

Kesan sampingan dikenal pasti

Menurut kajian yang dijalankan, sebanyak 90 peratus kesan sampingan yang dikenal pasti adalah yang kecil seperti sakit, berwarna kemerahan dan bengkak di kawasan suntikan, yang selalunya sembuh dalam masa dua hari.

Bagi kesan sistemik seperti pening kepala, lemah, kepenatan dan demam pula adalah kira-kira 50 peratus terutama bagi mereka yang berumur kurang daripada 55 tahun serta yang menerima suntikan dos kedua.

“Ini merupakan kesan sampingan yang kecil selepas imunisasi, tiada amaran yang bahaya lagi. Saya harap rakyat Malaysia berfikiran terbuka dan jangan dipengaruhi oleh media sosial yang tidak berasaskan kepada dalil, hujah dan fakta” katanya.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Featured Fri, 22 Sep 2023
Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳

Featured Fri, 19 May 2023

Pernah Dikritik ‘Over’ Jumpa Pelakon Korea, Adriana Adnan Jawab Isu Minat Dikaitkan Dengan Agama

Tak salah minat sesuatu perkara tapi kena lah berpada-pada juga kan

Selebriti Wed, 1 Nov 2023
error: Content is protected !!