Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 20, 2021 @ 3:09pm

Sebak Lihat ‘Journey’ Dayah Bakar & Suami, Ini Pula Reaksi Baby Fahri Yang Bikin Netizen Geram

Bagi sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan pengacara program Borak Kopitiam ini, pasti ramai yang teruja dan tidak kurang juga yang mengalirkan air mata.

Mana taknya, melihat perjalanan Dayah Bakar, anak dan suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang terpaksa berjauhan selama setahun akibat tuntutan kerja betul-betul menguji kesabaran.

Dan setiap momen manis perjalanan Dayah Bakar dan anak untuk berjumpa insan tersayang ini turut dikongsikan menerusi muat naik oleh Dayah sendiri dan kelab peminatnya @dayahlova dilaman instagram mereka.

Bertolak dari Malaysia ke Australia pada 4 Januari 2021 lalu, Dayah Bakar sempat menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan berjumpa dengan suami pada Selasa.

“Mata masuk habuk…”

Bagaimanapun, setelah hampir 2 minggu melalui proses kuarantin akhirnya Dayah Bakar atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 32, kembali disatukan bersama suaminya dan anak lelaki mereka, Achbar Muhammad Fahri.

Dan, rata-rata peminat Dayah memberikan ucapan syukur dan tahniah buat keluarga comel ini sehingga ada diantara mereka yang sebak melihat Dayah, Fahri dan suami akhirnya bersama-sama.

Sumber : Instagram @dayahlova

Reaksi baby Fahri Bikin geram!

Sumber : Instagram @dayahlova

Seperti faham dengan situasi yang berlaku, reaksi baby Fahri sekaligus mencuri perhatian netizen apabila dilihat begitu gembira bertemu ayahnya, Kapten Hanif Hamidi selepas terpisah selama setahun.

Terdahulu, Dayah Bakar berkahwin dengan Hanif pada Jun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 17 Ogos 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] “Ego & Sombong Diri!” – Netizen Berang Pesara TLDM Tampar Kepala Jemaah Lain Gara-Gara Salam Tak Pandang Muka

Hmm, kelu lidah min untuk berkata-kata. Mungkin pesara TLDM ni tak perasan jemaah ada pandang wajah dia.. Apapun, pihak polis berkata kes sudah selesai.

Trending Fri, 14 Aug 2020

‘Mak Cik Gelang Pink’ Akhirnya Dijatuhi Hukuman Penjara

Semoga perkara ini dijadikan pengajaran!

Featured Thu, 12 Dec 2024

Insiden Bendera Malaysia Dipasang Secara Terbalik, Penaja Lee Zii Jia Mohon Maaf

Victor Malaysia tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi.

Featured Fri, 17 May 2024

Berbeza Pendapat Isu P*lestin, Kasih Iris Leona Mohon Netizen Jangan Samakan Dengan Azhar Sulaiman 

Masing-masing ada pendapat sendiri kan? JAdi terpulang pada anda untuk menilai😎✌️

Trending Thu, 16 Jul 2020
Featured Sat, 26 Mar 2022
Hiburan Sat, 25 Oct 2025
error: Content is protected !!