Trending By: Salma Syahbuddin March 2, 2021 @ 2:07pm

Syarat Layak & Cara Mohon Bantuan Bulanan RM500 Buat Warga Emas

Orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.

Perkara ini turut dibentangkan dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua.

Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat Kelayakan

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut ;

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal di :
    i) Institusi kendalian JKM, ATAU
    ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

 

Cara Memohon Bantuan Warga Emas

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu ;

 

  1. Layari portal rasmi jkm.gov.my
  2. Klik pada butang Daftar Permohonan
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan
  4. Setelah selesai, klik butang Daftar
  5. Dalam tempoh 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran berdasarkan senarai berikut mengikut kawasan masing-masing di portal rasmi ini www.jkm.gov.my
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan

 

Dokumen Yang Diperlukan adalah…

Berikut merupakan dokumen yang perlu dibawa bersama ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat ;

 

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji *jika ada*
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh lah menghubungi  Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 ATAU terus ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

 

Sumber : KPWKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 6 Aug 2020

Permohonan Lanjutan Moratorium Bermula Esok

Boleh pergi ke bank bermula esok!

Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Fri, 30 Apr 2021
Trending Sat, 28 Jul 2018

五色棺材葬五种人,你知道棺材的颜色代表什么吗?

起棺材估计大家脑海中都会想起黑色的棺材,而黑色的棺材确实也是最常见的,那么有黑就有白,其实与之对应的还有白棺材和红棺材。那么棺材为什么还有五种颜色呢?

Trending Mon, 10 Aug 2020

Lagi Kluster PUI Sivagangga, Pulau Pinang Catat 3 Kes Positif Covid-19

Ambil berat tentang kesihatan korang gaisss!

Trending Thu, 30 Aug 2018

Penangan Sushi Korea, Tangan Warga Emas Kudung?

Selepas menahan sakit selama 25 hari, pasukan perubatan mengeringkan lepuh pada tapak tangannya sebelum memutuskan tangannya tidak dapat diselamatkan kerana kulitnya sudah mula mereput.