Trending By: Salma Syahbuddin August 6, 2021 @ 1:19pm

“Dia Sudah Ditidurkan” – Tak Stabil & Oksigen Menurun, Peminat Diminta Doakan Siti Sarah & Kandungan

“Dia sudah ditidurkan, mohon doakan dia,” itu kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengenai keadaan terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

“Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.

Pada pagi tadi, pelakon dan pelawak, Shuib memberitahu bahawa keadaan isterinya masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat tahap oksigen yang semakin menurun.

Menurusi hantaran yang dimuat naik Shuib sebentar tadi menerusi akaun instagram miliknya, Sarah dilaporkan telah dimasukkan ke intensive care unit (ICU) kerana keadaan beliau dilaporkan tidak berapa baik dan kadar oksigen yang tidak stabil.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Justeru itu, Shuib memohon doa daripada semua peminat agar mendoakan kesihatan isteri tercinta dan kandungannya terutamanya pada hari Jumaat yang penuh berkah ini.

“Saya mohon dihari  baik, hari Jumaat doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. 

“Semoga Allah merahmati kita” tulisnya.

Terdahulu, Shuib sempat berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi lagu Kesetiaan itu.

“Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okay.

“Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

ARTIKEL BERKAITAN : “Tak Payah Acah Baik…. Geli Aku Tengok!” Siti Sarah & Shuib Di Hentam Netizen Gara-Gara Kongsi Rezeki Dengan Frontliners

ARTIKEL BERKAITAN : Sempena Hari Wanita Sedunia, Siti Sarah Nak Taja Hijab Kepada Wanita Free Hair Selama Setahun

ARTIKEL BERKAITAN : “Sebelum Ini Pernah Ada Anxiety…” – Baby Baru On The Way, Siti Sarah Kembali Hamil Selepas….

ARTIKEL BERKAITAN : “Disebalik Kekuatan, Rupanya Dia Tengah Bertarung” – Siti Sarah Beri Semangat Kepada Janna Nick

ARTIKEL BERKAITAN : Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

 

Sumber : Harian Metro, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Nov 2020

3 Lagi Kawasan Dikenakan PKPD Babitkan 4,028 Penduduk

Amalkan SOP dan putuskan penularan Covid-19

Featured Sat, 14 Jan 2023

Nafas Naga Gabungan Mantap Filsuf & Black Hanifah

Kerjasama antara rapper Filsuf dan Black pastinya membawa satu lagi warna dan kejutan kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu ‘Nafas Naga’. Lagu ‘Nafas Naga’ hasil ciptaan Filsuf dan lirik oleh Arisz Ab Rahman […]

Featured Wed, 17 May 2023

Sedih Tak Berpeluang Jumpa Anak, Hafidz Roshdi Fail 2 Tuntutan Hadanah

Hadanah difailkan supaya Hafidz mendapat hak lawatan tetap bagi memudahkannya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan anak-anak.

Featured Wed, 3 May 2023

Suami Fail Cerai Terhadap Madu, Miera Leyana Tampil Bersuara – “Kebenaran Akan Terbongkar, Jangan Fitnah!”

“Jangan nak gila glamour!” – Miera Leyana 🫣 Kebenaran apa yang kan terbongkar tu? 🫣🫣

Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Takziah Buat Petugas SPR

Kes ketiga untuk PRU 14 kali ini , petugas SPR meninggal dunia ketika bertugas sewaktu menjaga proses pengundian

Trending Tue, 29 Jan 2019

Wanita ini mendapati penderma darah yang menyelamatkan nyawanya 11 tahun lalu ialah suaminya sendiri

Berapa ramai orang berpeluang untuk melalui kisah romantis sebegini?

Featured Tue, 1 Nov 2022

Dr. Amalina Tak Pakai Bengkung Lepas Bersalin – “Boleh Memudaratkan Kesihatan” 

Tapi ramai kan yang suka pakai bengkung? Rupa rupanya tak elok untuk kesihatan