Featured By: Aqilah Paharuzi March 20, 2022 @ 2:00pm

Pelaksanaan Mahkamah Syariah Untuk Beku Akaun Suami Jika Gagal Bayar Nafkah Disokong Ramai

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan akaun bank bekas suami akan dibekukan sekiranya mereka melanggar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan tersebut telah diputuskan oleh kerajaan sebagai salah satu tanda dalam menghargai dan menjaga kepentingan wanita, terutamanya yang diceraikan suami.

Tambah lagi, kerajaan akan mengarahkan bank untuk menyalurkan bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah secara terus kepada bekas isteri.

“Apabila kes mahkamah dimenangi oleh wanita dalam tuntuan nafkah, sukar untuk mendapatkan (bekas) suami membayar. Merka ingat perintah mahkamah.

“Bagi menjaga kepentingan wanita, kita membuat keputusan supaya bank-bank suami akan membekukan akaun mereka (jika ingkar daripada membayar nafkah).

“Apabila kita bekukan dan jika sudah mendapat award atau perintah mahkamah, contohnya bayaran RM1,000 sebulan, kita akan mengarahkan bank supaya membayar terus kepada isteri,” katanya.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter mengenai perkara pembekuan akaun suami, rata-rata daripada mereka meluahkan insiatif kerajaan ini adalah salah satu langkah terbaik bagi melindungi dan menjaga hak wanita.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Wanita 2022 pihak kerajaan telah mengumumkan enam insiatif untuk memastikan wanita Malaysia terus diperkasa.

“Sebagai contoh, isteri yang kematian suami diberikan kebenaran bekerja dari rumah sewaktu dalam edah.

“Kita boleh bayangkan isteri yang kematian suami, bergelut dengan anak dan sebagainya tetapi terpaksa bekerja.

“Bagi menjaga dan menghargai peranan wanita, kita beri mereka bekerja di rumah sehingga tamat edah,” katanya dalam ucapan di penggulungan Perhimpuan Agung Umno (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 May 2020
Hiburan Thu, 10 May 2018

Eyra Hazali Takut Popular?

Jujurnya, saya tidak mampu menyembunyikan rasa takut dengan populariti segera yang diraih kini. Saya juga bimbang jika ada pihak yang akan terus meletakkan harapan menggunung selepas ini…

Featured Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Tak kisah yang lain..tapi cemburu Ain jumpa Salt Bae!!!

Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

“I Really Don’t Care Anymore”, Liam Hemsworth Claims to Had Enough of Miley Cyrus

Their breakup is shocking, but Liam’s take on their split is even more shocking!

Trending Thu, 8 Apr 2021

Tiada SOP Baharu Berkenaan Surat Rentas Negeri

Kalau tak pasti boleh dapatkan penjelasan lanjut kepada pihak berwajib okay!