Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 4, 2022 @ 1:20pm

“Doa Anak Tiada Hijab” – Johan Anggap Tawaran Hot FM Berkat Doa Anak-Anak

Selepas mengumumkan penglibatannya sebagai penyampai radio Hot FM, pelawak Johan menganggap tawaran yang diterima itu adalah berkat doa anak-anaknya.

Menurut Johan, setiap doa anak-anaknya akan terus diperkenankan kerana kanak-kanak doanya tiada hijab dan hati mereka bersih.

“Ini semua rezeki anak-anak saya yang sering mendoakan kejayaan bapanya. Jadi, tidak adil kalau saya dapat gaji, tak ada bahagian untuk mereka.

“Saya punya doa, Ya Allah, murahkanlah rezekiku! Malaikat ambil doa saya bawa ke tujuh lapisan langit untuk perkenankan. Tapi tak diperkenankan sebab hati tak cantik mungkin sebab termaki penunggang motor.

“Tapi, anak-anak saya dia tak ada hijab, doa dia terus diambil terus diangkat. Jadi setiap untuk saya, apa yang ada rezekinya, rezeki anak saya. Saya sebagai parents hanya untuk mengagihkan sahaja di samping kegunaan saya,” jelasnya.

Selain itu, Johan menyatakan dia akan menerima pekerjaan tersebut sekiranya tawaran yang diberikan berbaloi dengan tanggungannya terhadap keluarga.

“Saya ada anak bini, banyak mulut saya nak suap. Saya ada enam orang anak. Saya ada banyak tanggungan. Kalau saya rasa ianya berbaloi, saya buat untuk naik taraf.

“Saya pesan dekat semua staff saya, kalau dapat offer lebih daripada yang kita kerja, pergi sebab manusia perlukan naik taraf. Jangan duduk ditakuk yang lama.

“Itu benda yang saya buat. Sebab saya buat ini bukan untuk saya. Saya dah ada segala-galanya, InshaAllah. Rumah, kereta, syarikat, yang paling penting harta yang saya ada, enam orang anak dan seorang isteri. Biar saya bekerja untuk mereka,” katanya.

Sebelum ini, Johan dikatakan ditawarkan bayaran mencecah RM500,000 sebulan untuk berkhidmat di Hot FM dalam segmen Bekpes Hot HaHaHa-Ngat bersama Fara Fauzana dan AG bermula 2 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Apr 2020

KKM kenal pasti strain baharu COVID-19 bersifat lebih ganas

Virus didapati bermutasi dengan cepat

Selebriti Sun, 12 Jun 2022

“Saya Dah Sediakan Rumah Untuk Semua Anak-Anak” – Jamal Abdillah Tak Pilih Kasih, Tak Mahu Gaduh Dengan Bekas Isteri

Jamal Abdillah tidak pilih kasih, sediakan sebuah rumah untuk kesemua anak-anaknya.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

Terdahulu, penyanyi berusia 28 tahun ini mula dikenali sebagai Tiffany atau Tiffany Hwang namun menukar nama pentas ke Tiffany Young.

Hiburan Sun, 23 Jun 2019

郑伊健伤病痊愈再度挑战圆环倒吊高难度动作

郑伊健伤病痊愈!云顶演唱会高难度大圆环倒吊环节,让现场粉丝大饱耳福及眼福。

error: Content is protected !!