Events By: Aqilah Paharuzi August 3, 2022 @ 6:38pm

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Selepas enam tahun menyepi, anugerah berprestij yang paling dinantikan iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 bakal kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan menampilkan wajah berbeza pada 11 September 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 23, Rosman Hashim memaklumkan pencalonan karya-karya tempatan hanya termaktub pada lagu yang diterbitkan dari 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun lalu.

Menyedari banyak produk muzik diterbitkan selepas kali terakhir AIM dipentaskan pada 2016, Rosman berkata syarat ini adalah untuk memastikan keadilan terhadap karya terkini serta selaras dengan evolusi industri muzik semasa.

ā€œSelepas berbincang dengan Ahli Majlis Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), kami capai kata sepakat memilih karya yang diterbitkan dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun lalu agar AIM 23 terkini dan relevan.

ā€œPada mulanya, kami berhasrat membuka penyertaan untuk lagu dan album diterbitkan sejak 2017, namun, selepas mengambil kira semua faktor, kami putuskan hanya karya yang diterbitkan sejak setahun setengah lalu layak dipertandingkan, ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Rosmin turut berharap agar penggiat industri muzik tidak memboikot AIM 23 akibat syarat pencalonannya itu.

ā€œMemang sayang juga tapi itulah ketetapan demikian sudah dibuat sebulat suara. Kami pun turut memaklumkan syarat terbabit dan difahami syarikat rakaman mahupun artis.

ā€œKiranya bukan rezekilah untuk lagu-lagu yang dihasilkan ketika AIM direhatkan penganjuran.

ā€œKami tidak dapat mengelak jika ada penggiat seni yang tidak berpuas hati atau ingin memboikot syarat ditetap.

ā€Namun, mereka harus ingat, acara anugerah ini dianjurkan khas untuk mereka. Jadi, kami harap mereka faham dengan situasi yang berlaku,ā€ katanya yang ditemui media semasa majlis pelancaran dan sidang media AIM 23 di ibu negara pada Isnin.

Pada edisi ke-23, sebanyak 26 kategori dipertandingkan termasuk tiga anugerah baharu iaitu Lagu Cinta Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik dan Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Artis Asing.

Pencalonan AIM 23 telah dibuka sejak 27 Julai lalu sehingga 5 Ogos ini, jam 5 petang.

Antara kategori yang akan dipertandingkan adalah Artis Baharu Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik, Video Muzik Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik dan banyak lagi.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Jul 2023
Featured Wed, 17 Aug 2022

Pemilik CrackHouse Comedy Disenarai Hitam Seumur Hidup Cetus Pelbagai Reaksi Netizen – “Tak Adil, Kesian Periuk Nasi Orang..”

Dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Habis periuk nasi orang lain terpaksa terima padahnya. Apa komen korang? Wajar atau tak?

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Mimi Gementar Jadi Artis Naungan Pertama Siti Nordiana

Pelajar jurusan Multimedia di Universiti Kuala Lumpur merupakan antara tiga peserta uji bakat yang dipilih oleh Siti Nordiana.

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Anak Lelaki Eizlan Yusof Kemalangan

Difahamkan, Zareef dalam perjalanan ke lokasi penggambaran Mak Cun di Kuala Selangor.

Featured Sun, 4 Sep 2022

Uyaina & Raja Syahiran Tak Sabar Tunggu Kelahiran Bayi Sulung

Wah!! Semoga dipermudahkan urusan buat Uyaina dan Syahiran.

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Mafarikha Beri Inspirasi Kongsi Wajah Dahulu Dan Sekarang

Walaupun zaman sekarang kelihatannya golongan remaja sangat menitikberatkan penampilan sehingga ada yang obses dengan penampilan artis Korea, namun bagi Mafa apa yang penting adalah sentiasa memanfaatkan usia muda mereka.
Ā