Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 10, 2022 @ 7:47pm

“Tanggungjawab Ibu Tiri Sangat Berat” – Netizen Tak Setuju Shuib Kahwin Lain

Sepanjang setahun pemergian Allahyarhamah Siti Sarah, pelawak Shuib tidak henti-henti dikaitkan dengan soal jodoh dan dikenenkan dengan beberapa selebriti tanah air.

Baru-baru ini, Shuib ada memaklumkan yang dia tidak kisah jika calon isteri yang bakal menggantikan tempat arwah Siti Sarah itu dalam kalangan wanita biasa.

Namun, hasil tinjauan di ruangan komen Instagram XTRA, ada segelintir pihak yang tidak bersetuju sekiranya pelawak itu membuat keputusan untuk berkahwin lain.

Malah, ada juga yang menganggap tanggungjawab sebagai seorang ibu tiri itu sangat berat dan sukar untuk mencari mereka yang sanggup menjaga anak-anak yang masih kecil.

Terbaharu, ibu kepada Shuib telah memuat naik foto mesra bersama pelakon jelita Wan Sharmila menerusi platform TikTok, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Enggan Berkahwin Dengan Selebriti Atau Usahawan – “Tidak Kisah Calon Daripada Kalangan Wanita Biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar Gambar Berbicara…” – Muat Naik Foto Mesra Bersama Wan Sharmila, Ibu Shuib Beri ‘Hint’?

ARTIKEL BERKAITAN: “Baju Terakhir Arwah Sebelum ke Hospital Jadi Pengubat Rindu” – Shuib Batal Niat Ubah Suai Rumah Gara-Gara Mimpi Sedih

Ada antara netizen yang bersetuju jika Shuib rapat dengan Wan Shamila, tetapi ada juga yang menyokong jika Shuib dijodohkan dengan Zara Zya.

Namun, ada juga komen yang mahu netizen berhenti untuk mengatur kehidupan Shuib.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 dan meninggalkan empat orang cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Apr 2025

“Ini Lagu Cinta, Selebihnya Tanya Kak Long & Abang Long – Netizen Dakwa Amira Othman, Fattah Amin Ada Lagu Istimewa Sempena Majlis Kahwin?

Ramai netizen mula beranggapan bahawa lagu tersebut mungkin merupakan lagu perkahwinan Fattah dan Amira.

Featured Thu, 13 Jun 2019
Featured Tue, 30 Nov 2021
Hiburan Thu, 28 May 2026

Video Rawatan Kecantikan Tular, Julia Farhana Didakwa Tanggal Tudung? Foto ‘Free Hair’ Profil IG Cetus Spekulasi

Julia juga dipercayai sudah menukar foto profil IG miliknya menggunakan gambar ‘freehair’. 

Trending Thu, 12 Aug 2021

“Kenang Kebaikan Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal Tampil Menegur Tindakan Segelintir Netizen

Ingat, semua perkara pun tidak boleh berlebih-lebihan cukup sekadar berpada-pada sahaja

Trending Fri, 2 Feb 2018

85kg肥妹遭霸凌 减肥患病瘦成「25kg肉干骷髅」

英国沃勒西(Wallasey)23岁汉娜(Hannah Lucas)最胖时期有85公斤,超壮硕的身材、肥滋滋的油肚成为同学之间嘲笑的题材,让她每天备受嘲讽霸凌。在她下定决心减肥,每想到减过头罹患厌食症,体重掉到只剩25公斤,顿时失去生存的意义。

Featured Fri, 11 Aug 2023
error: Content is protected !!