Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 16, 2022 @ 3:15pm

Abadikan Kisah Cinta Dalam Persembahan Konsert, Ernie & Syamel Akui Gementar

Pasangan penyanyi berbakat besar yang juga suami isteri, Ernie Zakrie dan Syamel bakal mengadakan konsert sulung pada 23 Oktober depan.

Tidak dinafikan, Ernie dan Syamel turut dibelenggu perasaan gementar apabila konsert itu bakal menguji kehebatan mereka beraksi dalam persembahan berskala besar.

“Konsert ini sepatutnya berlangsung tahun lalu, namun disebabkan beberapa faktor, termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia ditangguhkan. Alhamdulillah, selepas menimbang pelbagai aspek, kami bersama pengurusan sepakat untuk merealisasikannya pada tahun ini.” ujar Ernie.

“Ini masa yang tepat, malah semuanya seperti disusun dengan cantik. Kami dipertemukan dengan pasukan kerja yang memahami, selain tarikh dan lokasi juga bersesuaian membuatkan kami tidak mahu bertangguh lagi.”

“Kami ambil peluang ini bagi memenuhi permintaan peminat yang selama ini berharap melihat saya dan suami beraksi dalam sebuah konsert bersama,” ujarnya lagi.

Bakal menyajikan sebanyak 23 buah lagu, Ernie dan Syamel akan membawa peminat menelusuri perjalanan kisah percintaan mereka dalam persembahan.

“Ia bukanlah seperti persembahan muzikal, tetapi ada jalan cerita yang kami tampilkan. Kami akan bercerita dalam lagu. Itu kelainan yang kami cuba lakukan.”

“Ia bermula dari detik perkenalan sehingga kami berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Semua itu kami akan rangkumkan menerusi pilihan lagu pada malam berkenaan,” ujar Syamel.

Pasangan penyanyi itu juga telah mengikuti kelas vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat sejak sebulan lalu.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 May 2021

“Objektif Saya Adalah Untuk Beri Kesedaran Menyeluruh Mengenai Isu Palestin” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendorong orang ramai memperjuangkan dan membantu pembangunan semula Palestin menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar. Melancarkan kempen ‘Naelofar For Humanity’ dengan sokongan pihak MyFundAction, platform […]

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Tue, 28 Mar 2023
Trending Fri, 7 May 2021

Penerbit Kurang Setuju Ambil Instafamous Jadi Pelakon

Penerbit Jaja Ishak kurang bersetuju dengan trend pemilihan selebriti media sosial (influencer) sebagai pelakon. Menurut Jaja, ramai lagi pelakon berbakat yang boleh diketengahkan dalam karya terbitannya. “Saya bukan menentang, tapi saya kurang bersetuju dengan trend […]

Featured Mon, 14 Oct 2024
Featured Tue, 5 Nov 2024

“Nak Hidup Mewah, Sondol Suami Orang” – Elvina Mohamad

Elvina menganggap penyondol yang menjadi perosak rumah tangga dan sanggup menjadi orang ketiga dalam sebuah perhubungan dianggap sebagai memiliki fikiran yang singkat.

Featured Fri, 5 May 2023
error: Content is protected !!