Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 17, 2022 @ 4:51pm

“Telefon Bimbit Mati Mengejut Sebab Banyak Notifikasi” – Suami Puteri Aishah Terima Banyak Friend Request Di Instagram

Pelakon Puteri Aishah mendedahkan suaminya, Muhammad Firdaus, 29, bertalu-talu menerima ‘friend request’ di media sosial lebih-lebih lagi di Instagram.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman memberitahu suaminya terkejut apabila ada peminat menghantar mesej dan mendesaknya untuk segera approve permintaan untuk jadi kawan.

“Sebenarnya sejak bernikah, sudah terlalu ramai cuba ikuti akaunnya walaupun ia ditetapkan private. Suami kata, pertama kali telefon bimbitnya mati mengejut disebabkan terima terlalu banyak notifikasi.

“Tapi dia tak approve kerana dia memang pentingkan privasi. Kadang-kadang hantaran saya pun dia suruh padam kerana tak suka terdedah sangat dalam media sosial.

“Kalau anda follow dia pun, hantaran terakhirnya adalah sewaktu kami kahwin. Kalau sebelum kahwin, hantaran terakhirnya pada 2018. Bayangkan dia memang tak update pun,” katanya.

Menurut pelakon filem Pulang itu, suaminya seorang yang peramah jika bertemu secara peribadi.

“Dia okey saja dan friendly kalau jumpa depan-depan, cuma di media sosial saja dia tidak berapa mesra. Sampai dia buka inbox, dia kata orang paksa dia approve.

“Dia pelik orang DM (mesej langsung) marahkan dia suruh dan cakap susah sangatkah dia nak approve. Saya cakap perkara itu normal sebab saya pun sudah terbiasa,” ujarnya.

Puteri Aishah, 28, melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 29, pada 21 November 2021.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Feb 2025
Featured Sun, 19 Mar 2023
Featured Mon, 9 Jan 2023
Trending Wed, 15 Nov 2017

懒惰运动又想要瘦?教你一招坐着就能燃烧脂肪的方法!

一直觉得自己肥胖,不过又懒惰运动的你,就让小编介绍你新妙招,那就是……

Featured Tue, 24 Dec 2024

“Selagha Atau Sehina Mana Pun, Tetaplah Doa Pada Allah”- Imbau Dosa Sepanjang 40 Tahun, Nazim Othman Kongsi Nasihat UAI

Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini – Nazim Othman

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Bukan Merajuk, Elfira Loy Sibuk Urus Studio Gaya Hidup

Ramai di antara mereka yang memiliki produk dengan kandungan yang bagus tetapi tiada lokasi cantik untuk mengambil gambar. Background sebenarnya sangat penting agar produk mereka tampak kualiti dan profesional.

error: Content is protected !!