Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 13, 2022 @ 12:15pm

“Satu Dalam Sejuta!” – Netizen Sifatkan Pentingnya Pendidikan, Puji Tindakan Khairul Aming Tangani Isu PA Mulut Puaka

Selepas isu sikap pembantu peribadinya yang dikatakan biadap tular, pempengaruh media sosial, Khairul Aming tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Malah, tindakannya menjelaskan keadaan sebenar dengan hanya beberapa hantaran ciapan di Twitter miliknya sahaja mampu meredakan kontroversi yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:Mohon Maaf & Mahu Sertai Kelas PR, Pengurus Khairul Aming Letak Jawatan

ARTIKEL BERKIATAN:Selepas PA Buat Hal! Khairul Aming Tampil Buat Permohonan Maaf – “Saya Percaya Dia Tanpa…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Who Are You? Mampu Ke Nak Taja?” – Didakwa Kekwat & Mulut Puaka! Individu Bengang Dengan PA Khairul Aming

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook milik individu yang dikenali sebagai Amir Zain, dia memuji tindakan yang diambil Aming dan menyifatkan betapa pentingnya pendidikan terutamanya dalam menjalankan perniagaan.

“Melihat cara Khairulaming tangani isu PA dia meyakinkan lagi betapa pendidikan itu amatlah penting dalam kehidupan ini. Isu panas dia boleh defuse dengan beberapa tweet sahaja. Netizen nak hentam lebih-lebih pun tak boleh dah,” tulisnya.

Sementara itu, Amir menjelaskan terdapat beberapa perkara yang boleh dipelajari daripada situasi tersebut antaranya ialah permohonan maaf yang dibuat secara peribadi oleh Aming.

Sikap terus mengambil alih kerja pengurus peribadinya itu tanpa menuding jari kepada sesiapa adalah antara contoh kualiti ‘leadership’ yang sangat baik.

“Permohonan maaf itu bukanlah perkataan yang sukar diungkapkan. Permohonan maaf dia adalah secara peribadi lagi. Dia boleh je siasat dulu PA dia baru pohon maaf (jika ada kesalahan) tapi perkataan pertama dia “maaf” kemudian baru rectify.

“Take charge. Ini kualiti leadership yang power gila. Terus ambil alih kerja PA dia dan uruskan sendiri tanpa menuding jari kepada sesiapa,” katanya.

Bukan itu sahaja, ketika ramai yang menasihatkan Aming agar mengasingkan persahabatan dan perniagaan, Aming tidak sekalipun dilihat mengutuk perilaku pengurusnya itu demi menutup aib atas nama kawan.

“Tutup aib. Perasan tak dia tak hentam PA dia yang juga kawan baik dia yang buat taik tu. Ini tweet dia. “Ramai juga yang nasihat untuk asingkan persahabatan dengan bisnes dan saya setuju benda ini yang paling sukar buat saya sebab saya bermula dari bawah dengan kawan-kawan”. Member buat pal*t tapi masih hargai kawan. 

“Nilai keikhlasan dan rendah diri. Tulisnya “Saya belajar banyak hari ini dan akan cuba perbaiki lagi lain kali”. Ini laras bahasa orang yang buat jualan RM14 juta okey,” kongsinya.

Bahkan, tindakan memadam amarah netizen dengan ‘solid action’ dan fokus terhadap apa yang dilakukan pada masa hadapan adalah antara perkara-perkara yang dapat dipelajari dari Aming, sekaligus menyifatkan betapa pendidikan itu membentuk cara pemikiran seseorang.

“Padamkan amarah netizen dengan ada solid action. Dia bukan berjanji apa penambahbaikkan AKAN dilakukan tapi dia terus buat. Tweet dia “Saya telah memadamkan semua contact pengurus daripada media sosial”. Netizen yang tak ada kaitan pun puas hati. 

“Fokus dan buat ikut kemampuan. Dalam perjalanan setiap usahawan, selalu kita tersasar tujuan asal kita bermula. Kesilapan yang boleh jadi fatal kalau tak diperbetulkan. Kata Kahirulaming, dia akan berhenti buat video untuk pelanggan dan focus video masak sendiri sahaja,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen bersetuju dan menyifatkan Aming adalah antara usahawan muda yang perlu dijadikan inspirasi oleh semua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Nov 2023
Trending Sun, 13 Jul 2025

“Rasa Macam Ditusuk Dengan Batang Kayu” – Tak Segan Mengaku Alami Buasir, Fizie Roslan Bersyukur Semakin Pulih

Pengalaman ngeri diserang buasir pada malam pertama Aidilfitri lalu nyata meninggalkan kesan mendalam buat penyampai radio, Fizie Roslan. Mengimbas detik ‘menakutkan’ itu, Fizie mengakui rasa sakit yang dialaminya sangat luar biasa, sehingga sukar untuk digambarkan […]

Trending Fri, 30 Aug 2019
Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Trending Mon, 26 Aug 2019

Reminisce Malaysia’s Beautiful History and Stories Through Malaysian Maestro Hotels

Steeped in history; Malaysian hotels with a unique story to tell.

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

Tahniah! Shuib, Watie Bakal Terima Kehadiran Anak Perempuan

Tahniah, Shuib dan Watie bakal dapat baby girl!

error: Content is protected !!