Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 19, 2022 @ 4:08pm

“Benci Tu Kan Membawa Kemusnahan, Tak Baik Putuskan Silaturrahim!” – Chef Wan Berbaik Semula Dengan Shikin Maembong

Selepas kontroversi yang melanda sekitar Februari lalu, Chef Selebriti, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai.

Perkara itu dimaklumkan oleh Chef Wan sendiri menerusi muat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.

“Air yang dicincang tidak akan putus. Kami masing-masing sudah dewasa jadi, kami mengambil keputusan untuk berbaik semula.

“Saya juga sedar, tidak baik untuk putuskan silaturrahim tambahan pula ini hanyalah isu kecil,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut Chef Wan, ikatan kekeluargaan sangat penting dan beliau sebagai orang yang lebih berusia sanggup mengetepikan ego dan mengambil pendekatan untuk saling memaafkan.

Sementara itu,  Chef Wan sendiri menganggap Shikin merupakan seorang ibu yang baik dan bertanggungjawab terhadap cucu-cucunya, Putri Arianna Natasha,7.

“Saya selalu melihat dia sebagai seorang ibu yang hebat kepada Arianna dan kami tidak boleh menyeret isu ini lebih lama.

“Saling memaafkan, belajar dari kesilapan dan teruskan kehidupan yang lebih baik dan bahagia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Chef Wan juga enggan membazirkan wang dan tenaga untuk membayar peguam berkenaan isu pergaduhan yang disifatkannya sebagai remeh.

“Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak akan ke mana. Beside i never had that feeling for Shikin pun.

“Duit saman menyaman ini akan kaya kan peguam-peguam sahaja serta membuang masa kita sahaja. Baik lagi duit tu saya peruntukan untuk urusan membesar, kebajikan dan pelajaran Arriana di masa hadapan,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

Terdahulu, kontroversi mengenai hubungan antara Shikin mendapat perhatian netizen selepas kakak kepada pelakoan Emma Maembong itu mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Chef Wan bersifat fitnah terhadap penggunaan wang pada majlis perkahwinannya bersama Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan.

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Kenyataan Chef Wan Fitnah, Shikin Maembong Perjelas Isu Kahwin Guna Duit Bapa Mertua -“Kami Kahwin Memang 100% Pakai Duit sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Mata Duitan..” – Chef Wan Dedah Aliff Syukri Ajar Jadi Viral Dengan Buat Content Untuk Raih Wang Ribuan Ringgit?

ARTIKEL BERKAITAN:“Anak Kau Dah Kahwin Kau Tak Tahu?…” – Chef Wan Luah Rasa Kecewa, Dakwa Serina Nikah Tanpa Pengetahuan

Sumber:Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Nov 2021

Vaksin Ni Untuk Apa? Jom Tengok Apa Penyakit Cegahan Vaksin Yang Boleh Kita Elakkan!

Vaksin sememangnya sudah terbukti berkesan bukan sahaja untuk satu penyakit tapi lebih dari 10 penyakit berjangkit di dunia. Penyakit yang dikatakan tu bukan di negara luar tau, tapi semuanya ada di Malaysia. Ha, jangan ingat […]

Featured Wed, 22 Mar 2023
Trending Tue, 3 Jul 2018

Bila Dalam Situasi Begini, Apa Korang Akan Buat?

Perkongsian gadis ini di laman Twitternya mendapat sebanyak 33,000 perkongsian apabila kisah piring kesayangan ibunya tak boleh dibawa keluar dari mangkuk. Lebih mengharukan, piring itu berjenama Corelle! Aduh…

Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Thu, 23 Dec 2021

Dikhabarkan Hamil Anak Pertama, Intan Ladyana & Harris Alif Positif Covid-19

Pelakon Intan Ladyana, 38, yang dikhabarkan hamil anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh apabila disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada malam tadi. Suaminya, Harris Alif, 21, yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi turut dijangkiti […]

Featured Fri, 30 May 2025
Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Apa pula kali ini?

error: Content is protected !!