Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 29, 2022 @ 10:52am

Pak Nil Syukur Dapat Lihat Susuk Tubuh Zamani Kembali Normal

Pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi meluahkan rasa bersyukur selepas melihat perkembangan terkini penyanyi, Zamani Slam yang sudah sihat dari penyakit skoliosis, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil itu meluahkan rasa teruja apabila melihat Zamani sudah mampu berdiri tegak seperti sedia kala.

“Alhamdulillah. Dapat Intai Dari jauh keadaan @zamanislam_official Dan tengok Dia dah Sihat Dan susuk tubuh kembali normal. Terima kasih yang memberi sumbangan Dan yang tak putus-putus berdoa @mrsj_zamani,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji sikap pengacara itu yang bertungkus-lumus mencari jalan untuk menyembuhkan penyakit yang dialami oleh Zamani sebelum ini.

“Pak Nil. Memang semua Ini Izin Allah SWT…Tapi usaha Pak Nil nak tengok dia kembali sembuh syukur😢😢 tq Paknil Alhamdulillah.

“Alhmdulillah terima kasih buat Pak Nil.juga..atas usaha Pak Nil …Semoga Zamani terus sihat hendaknya..kembali bersinar seperti dulu-dulu.

“Alhamdulilah…berita yang sangat ditunggu-tunggu untuk lihat perkembangan dia… Terima kasih banyak-banyak Paknil buka peluang untuk buka tabung sama-sama bantu abang Zamani… Semoga segala-gala kebaikkan Paknil menjadi saksi di akhirat. Aamiin3x,” komen peminatnya.

Terdahulu, Aznil telah membuka tabung dana kutipan besar-besaran di media sosialnya untuk membantu Zamani membuat pembedahan penyakit skoliosis yang dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Apa, Biar Saya Rayu Bantuan…” – Aznil Nawawi Bantu Zamani Kumpul Dana Pembedahan, Sudah Cecah RM32,000

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, Dengan Izin Allah…” – Zamani Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang

ARTIKEL BERKAITAN: “Segalanya Saya Serahkan Kepada Allah” – Zamani Ditidurkan, Mohon Peminat Doakan Pembedahan Berjalan Lancar

ARTIKEL BERKAITAN: “Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

ARTIKEL BERKAITAN: “Makin Teruk! Hampir 24 Jam Alami Rasa Sakit…” – Bakal Jalani Pembedahan Skoliosis, Zamani Perlukan Dana Untuk Rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: “Soal Hidup & Mati…. Kena Masukkan Besi Untuk Sokong Tulang Belakang”- Zamani Sedih Kesihatan Makin Merosot

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2025

Didakwa Miliki Dadah, Pelawak Popular Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah

Keputusan pelawak dipenjara enam belan di Jeddah dibuat selepas perbicaraan berlangsung pada November lalu

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bukan Lagi Anak Menteri, Dafi Lega Perubahan Bapanya?

Jujur saya katakan, pada awal selepas hal itu berlaku (peralihan Kerajaan), sana dan adik beradik juga tertanya, apa yang akan terjadi seterusnya.

Featured Sat, 21 Sep 2024

Selepas 21 Hari Meringkuk Dalam Penjara, Da’i Syed Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara Tunggu Rayuan

Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan itu.

Trending Wed, 25 Nov 2020
Trending Sun, 10 May 2020

Rayuan Permohonan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei

Buat korang yang masih gagal memohon BPN..

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Wah…Dengan siapa tu?

error: Content is protected !!