Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 15, 2023 @ 12:10pm

Tepis Dakwaan Anti Poligami, Ini Respons Puteri Sarah – “Allah Yang Gerakkan Hati Saya…”

Nekad ingin memfailkan perceraian Isnin ini, kemelut rumah tangga di antara Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof dan Ira Kazar seperti tiada akhirnya selepas ada pihak yang mendakwa pelakon jelita itu anti poligami.

Menyedari perkara itu, Sarah tampil memberi respons dan menepis dakwaan tersebut gara-gara mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa dirinya tidak rela dimadukan tempoh hari yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Fail Perceraian Isnin Ini, Sudah Masa Semuanya Ditamatkan Segera” – Puteri Sarah

Menurut Sarah, keputusan yang dibuatnya itu dianggap sebagai petunjuk dari Allah atas doa yang dimintanya ketika menunaikan ibadah umrah di Mekkah, tahun lalu.

“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami. Mereka kata Sarah tak nak ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.

“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar. Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah juga mengakui dirinya sudah reda dengan segala ujian yang sedang dilaluinya kini biarpun ada yang mempertikaikannya.

“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri barunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah.

“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda. Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” jelasnya.

Sebelum ini, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan berani mati bahawa dirinya sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, selepas empat tahun mendiamkan diri.

Namun, selepas membuat pengakuan itu Syamsul meminta agar orang ramai tidak mengecam atau menghina isteri-isterinya dan keluarga dan ingin bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Terdahulu, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kutuklah, Hinalah Saya…” – Sedia Terima Segala Tohmahan, Syamsul Yusof Mohon Netizen Berhenti Kecam Isteri & Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dah Tiada Rasa Hormat, Awak Mahukan Perpisahan? Baik…” – Syamsul Yusof Kecewa Dimaki, Tampil Dedah Sebab ‘Block’ Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah Dengan Drama Play Victim Ni” – Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Jangan Putar Belit Cerita

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘Hilang Mana Dah Semangat…’- Sharnaaz Ahmad Beri Bayangan Masih Bersedih

Umum tahu, pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini merupakan seorang yang suka bergurau dan sentiasa ceria orangnya. 

Kisah Viral Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Kenapa Neelofa Dilabel Artis Kampung?

Nama yang semakin gah di persada antarabangsa ini kelihatan tak ubah seperti gadis kampung yang lembut dan manis.

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Mawar Rashid Teruja Sambut Raya, Beri Bayangan Sedondon Dengan Kekasih Baru? – “Tahun Ini Akan Jadi Lebih Istimewa”

Mawar menyifatkan Hari Raya pada tahun ini akan menjadi lebih indah dan istimewa

Featured Mon, 27 Mar 2023
error: Content is protected !!