Hiburan By: Padin January 16, 2023 @ 6:00am

“Aliff Aziz Sedang Berubah Jadi Lebih Baik, Saya Juga Sama” – Gosip Tak Berasas Jejas Fokus Bella Astillah

Gosip tidak berasas berkaitan pelakon Aliff Aziz, 31, menjejaskan fokus isterinya, penyanyi Bella Astillah, 28, dalam program Famili Duo.

Menurut Bella, dia takut gosip terbabit mengganggu tumpuannya bersama sepupu, Wani Kayrie untuk bertarung dengan enam pasangan duo lain.

Terdahulu, video Aliff di kelab malam bersama seorang wanita heboh diperkatakan orang ramai sedangkan sedutan yang tersebar hanyalah sekadar babak dalam drama bersiri terbaharu untuk slot Akasia TV3 berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Aliff Aziz Berhibur Di Kelab Malam Bersama Seorang Wanita, Rakan Dedah Perkara Sebenar – “Tak Pasal Member Kena Fitnah…”

“Sebagai manusia biasa, pastinya saya terganggu dengan cerita yang tersebar, lebih-lebih lagi saya wanita. Saya juga kasihan dengan Wani kerana jika fokus saya terjejas, saya takut ia mengeruhkan keserasian yang sudah terjalin.

“Jadi, saya sering tolak tepi perkara tersebut. Jika saya pergi ke ‘meeting’ pun saya bawa anak-anak untuk alih perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tenang ini juga khuatir penyebaran serta penyuntigan video lama dirinya yang dikaitkan bersama kemelut perkahwinan dengan Aliff memberi kesan kepada keluarga mereka di Singapura dan Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ia Ganggu Kerja Kami” – Minta Henti Sebar Fitnah Isu Rumah Tangga, Bella Astillah Kesal Dengan ‘Blogger’ Gara-Gara…

“Saya faham ada segelintir pihak ambil berat terhadap diri saya. Mereka ambil tahu serta risau saya disakiti. Saya hargai semua yang bertanya khabar menerusi kiriman mesej.

“Namun, bila keluar perkara yang tidak benar dan disebarkan di Facebook, saya kecewa. Sebab Facebook adalah platform yang besar, ada keluarga di Sabah dan Singapura yang mungkin membaca.

“Ibu bapa Aliff di Singapura juga masih bekerja, jadi ramai bertanya pada mereka kenapa Aliff buat begitu pada saya, sedangkan ia adalah video lama. Saya tak marah tapi saya harap ia jadi pengajaran buat semua.

“Saya kasihan pada keluarga dan kawan-kawan terutamanya ibu bapa kami. Kasihan orang keluar bertanya pada mereka sedangkan cerita itu tak benar. Bila ada orang cakap benda tak baik pasal Aliff, saya takut ia menjadi satu doa sebab percakapan itu, jika terus diulang akan menjadi doa.

“Saya sangat berharap ia dihentikan. Aliff sedang berubah menjadi insan yang lebih baik dan saya juga sama mahu berubah menjadi lebih baik,” katanya.

@xtra_my Dituruti…. 😍 Ewah rancak persembahan @Bella Astillah & @WANI KAYRIE malam ni! 🥰💖 Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #xtramy ♬ original sound – XTRA

Dalam minggu kelima Famili Duo, Bella dan Wani berada di kedudukan kelima dengan kutipan markah sebanyak 47.7 peratus.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 6 Feb 2020
Trending Sun, 14 Mar 2021

SOP Lebih Ketat, AJL35 Harus Dijadikan Rujukan

Tak sabar nak tahu siapa agaknya juara #AJL35 nanti….

Trending Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Kenapa Penyanyi Lagu Amalina Ini Terkilan Dengan Aliff Syukri ?

Jangan main-main dengan warna kulit tau, sensitif!

Trending Thu, 17 Oct 2019

‘Wanita Bukan Saingan Tapi Pelengkap’- Haniza Talha

Penglibatan wanita tidak boleh dilihat sebagai saingan sebaliknya mereka lengkap melengkapi antara golongan lelaki.

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

’Buat Hal Lah Kau Karim!’, Nabila Huda Kongsi Pengalaman Lucu

Memang kelakar habis lah insiden ni. Korang kat luar sana jangan buat macam ni tau. Haha!

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Demi Watak Ainun, Maudy Ayunda Sanggup Berhenti…

Saya juga harus berusaha menampakkan sosok seperti Ibu Ainun iaitu isteri presiden Republik Indonesia ketiga, B.J Habibie.