Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 26, 2023 @ 8:06pm

Fatin Afeefa, Adam Shahz ‘Berperang’ Dapatkan Hak Penjagaan Anak

Pelakon Fatin Afeefa hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan oleh bekas suami, Adam Shahz.

Menerusi perkongsian di Instagram Story suaminya, Aliff Awang, Fatin kelihatan bersemangat semasa dalam perjalanan dengan menggayakan jubah berwarna hitam lengkap bertudung.

“Ready for war,” ujar Aliff ketika sedang menghantar isterinya itu ke mahkamah.

Memetik laporan Kosmo, Adam Shahz memaklumkan perbicaraan tersebut berjalan pada pukul 11.40 pagi.

“Pukul 11.40 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, menurut Adam atau nama sebenar Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, menfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy kerana mendakwa sudah lebih dua bulan tidak bertemu anaknya.

“Saya bukan mahu berebut anak, hanya berharap jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak selain memberikan saya peluang bertemu Ivy.

“Ini pun baharu perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu, tetapi yang pasti saya akan tetap berjuang. Biar apa pun, saya akur kepada keputusan mahkamah,” jelasnya.

Untuk rekod, Adam dan Fatin berkahwin pada 21 Disember 2013 namun bercerai sekitar Mei 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia.

Sebelum bersama Adam, Fatin telah mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

#CintaBukanKristal; Watak Aryana Tak Sama Dengan Husna

Tetapi bila melakonkan watak ini, terdetik dalam hati berkata, I will never do this to anyone (saya tidak akan lakukan hal ini terhadap wanita lain).

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

Baru Berusia 6 Bulan, Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia

Anak bongsu Zaquan Adha Ayu Raudhah dilahirkan pada Ogos tahun lalu

Trending Wed, 3 Mar 2021
Hiburan Tue, 11 Jun 2024

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Tak baik tau guna isu kesihatan mental semata nak promosi sesuatu benda

error: Content is protected !!