Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 21, 2023 @ 6:43pm

“Bukan Perempuan Je…” – Ulas Isu Orang Ketiga, Suami Dynas Mokhtar Didekati Jantina Lain?

Pelakon Dynas Mokhtar mengakui bimbang dengan isu diganggu orang ketiga atau ‘penyondol’ dalam rumah tangga yang sedang hangat diperkatakan.

Memetik laporan Melodi, setelah melalui kegagalan dalam perkahwinan yang pertama, kali ini dia lebih mengutamakan dirinya dan memilih untuk jadi lebih bijak.

“Tipulah cakap kalau tak risau. Saya dah berkahwin dua kali. Alhamdulillah, saya ada keluarga yang bahagia.

“Tapi apa yang paling penting, kita kena jaga diri kita sebagai seorang wanita. Nak cakap bagi kepercayaan seratus peratus tu terpulang kepada individu.

“Tapi saya pilih langkah yang selamat, saya mengutamakan diri saya. Saya pilih jadi bijak, kalau anda faham apa maksud saya,” katanya.

Menurutnya, sebagai suami dan isteri, kedua-dua pihak memainkan peranan untuk mengingatkan antara satu sama lain untuk mengelak daripada godaan seperti itu.

“Kita kena tahu batas masing-masing dan sentiasa beringat kita tu bini dan laki orang,” jelasnya.

Disoal sama ada suaminya pernah didekati wanita-wanita di luar sana, dia mendedahkan bukan hanya kaum wanita sahaja yang cuba mendekati pasangan hidupnya.

“Bukan perempuan je.. (ketawa) Tipulah cakap kalau takkan goyang. Tapi kena sentiasa ingatkan dia ‘ha jangan lebih-lebih, kalau awak boleh buat, saya boleh buat 10 kali tau’. Nampak sikit-sikit je kita bagi,” ujarnya.

Pada masa sama, Dynas turut memberi pesanan kepada perosak rumah tangga.

“Kepada penyondol-penyondol di luar sana, awak tak kenal ke saya siapa? Dah tengok ke belum cerita-cerita gangster saya?” katanya berseloroh.

@melodiberapi Kalau boleh jangan la kacau suamk orang.. bujang kat luar sana ramai #meloditv3 #ceritaartismalaysia #panas #kontroversi #gosip #dynas ♬ original sound – Melodi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 20 Oct 2018

Ngeri! Anak Beranak Nekad Terjun Sungai Angkara Terlalu Banyak Hutang

Mayat tiga beranak, Baharom Ahmad, 66, Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, ditemui orang awam terapung di sungai di dua lokasi berlainan di Arau.

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Izzue Islam Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan?

Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat!

Featured Sun, 21 Aug 2022
Featured Tue, 29 Mar 2022

Jom Semak Cara Buat Rayuan BKM Fasa 1 Yang Akan Dibuka Pada 2 Mei Hingga 2 Jun 2022

Jangan kecewa yang tak dapat. Anda mungkin boleh dapat apabila membuat rayuan

Featured Wed, 17 May 2023

Shila Amzah Syukur Ubai Selamat Jalani Pembedahan Cyst – “Lepas Ketumbuhan Kat Otak, Sekarang Atas Mata Pula..”

Alhamdullillahh.. Syukur semua dipermudahkan. Nasib baik ada ayang sentiasa di sisi 🥰🤪

Featured Fri, 7 Oct 2022

Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar  – “Mereka Lebih Tahu”

Kalau mengaku pun kena kecam, kalau menafikan pun sama juga – Eyka Farhana

Trending Sat, 23 Feb 2019

Kematian Akibat Difteria, Tak Pernah Ambil Suntikkan Imunisasi Sejak Lahir

Kematian Kanak-Kanak Akibat Difteria, Tak Pernah Ambil Suntikkan Imunisasi Sejak Lahir

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Sun, 9 Jun 2024
error: Content is protected !!