Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 10, 2023 @ 12:37pm

“Dia Dimaki & Dipijak Seperti Tiada Maruah!” – Berang Anak Ditindas, Ibu Shuib Dedah Perkara Sebenar 

Konflik antara pelawak Jep dan rakan baiknya Shuib  hangat menjadi perbualan ramai di media sosial.

Ia ekoran pendedahan Jep di media sosial yang memaklumkan Shuib digantung kerana melakukan babak lucah sekali gus memilih untuk tidak lagi menyertai program hiburan popular tempatan itu.

Namun begitu, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil mendedahkan punca sebenar mengapa anaknya itu sehingga kini tidak mahu menyertai program tersebut.

Berdasarkan luahan tersebut, Salamiah berkata Shuib dilayan seperti seorang insan yang tidak bermaruah dan ditindas tanpa sebarang empati oleh sahabatnya itu.

“Dengan gerak hati dan izinNya, harini saya tampil bersuara sebagai seorang ibu yang cuba mempertahankan anaknya, Shahmira Muhammad dari terus menjadi bualan tanpa mengetahui keseluruhan jalan cerita mengapa dia sudah tak berminah lagi untuk berada dalam SRL

“Sebagai ibu, saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika itu. Kerana itu lebih baik buat anak saya dari terus mereka ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah.

“Di mana yang dikatakan ‘Sahabat’.. Bila Saat sahabat seperjuangan dikenakan tindakan, tiada sahabat yang mempertahankan..

“Malah, dia dimaki dan dihinanya lagi oleh sahabat sendiri di depan orang ramai. Itu ke yang dikatakan sahabat?,” soalnya.

Bukan itu sahaja, Salamiah kecewa saat anaknya itu dilayan seperti pesalah meskipun kes masih disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Mengulas lebih lanjut, Salamiah berkata Shuib sengaja membiarkan jawapan  tergantung kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan menjaga aib rakannya itu membuatkan dia meletakkan kesalahan kepada stesen televisyen.

“Di saat dia masih dalam siasatan SPRM dan masih belum pun dijatuhkan hukuman bersalah, dia telah pun dilayan macam orang bersalah oleh sahabat sendiri..

“Diperli, dimalukan di dalam bilik meeting seolah-olah macam dia tak ada maruah. Untuk apa kita hanya menjadi baik di depan orang ramai tapi di belakang kita sebaliknya?

“Ketika itu dia memilih untuk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri tetapi dia lebih menjaga maruahnya dari terus di pijak-pijak orang tanpa memikir sedikit pun perasaannya.

“Dan yang membuatnya sedih kerana itu adalah rakan seperjuangan dan rakan yang dikenali sebelum dia menjadi artis,” ujarnya.


Jelas Salamiah lagi, ketika kejadian berlaku Shuib berada dalam kemurungan sehingga mengetepikan minatnya dalam menjadi penghibur ramai.

“Jadi sebagai ibu yang sentiasa melihat kesedihan dia, kemurungan dia yang terpaksa melupakan minatnya seketika ketika itu, menolak nilai duit demi mempertahankan maruahnya.

“Kerana dia ingin bekerja dalam hati yang tenang dan gembira. Saya pun bukanlah gila publisiti murahan tetapi untuk sekali ini saya rasa perlu bersuara kerana anak saya sudah cukup berdiam diri bertahun-tahun.. Sekian,” akhirnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Jun 2026

“Dia Jeling & Marah Kita Balik”- Kamal Adli Kongsi Pengalaman Berdepan Peminta Sedekah 

Kamal Adli berkongsi antara pengalamannya berjumpa peminat sedekah selepas seorang individu lelaki berkongsi perkara sama menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Tawaran Berlakon Mencurah-Curah, Jadual Padat… Meerqeen Tak Sempat Bercuti Demi Kerjaya Seni

“Biar penat tahun ini, tahun depan boleh bertenang” – Meerqeen

Trending Fri, 28 Aug 2020
Trending Fri, 28 Dec 2018

Miley Cyrus & Liam Hemsworth Akhirnya Berkahwin Setelah Hampir 10 Tahun ‘Dating’

Dulu mereka dating on and off tapi jodoh tak ke mana.

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Nubhan Temani Ibu Ke Tanah Suci

Alhamdulillah. Semoga memperoleh Umrah yang Mabrur!

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Sun, 29 Jun 2025

NONA & TV3 Sambut Ulang Tahun Ke-41 Dalam Suasana Penuh Warna di Cake Piknik!

Program ikonik TV3, NONA, menyambut ulang tahunnya yang ke-41

error: Content is protected !!