Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal November 19, 2017 @ 1:28pm

Pelakon Mengaku Dialah Individu Ditahan Polis Akibat Kesalahan Dadah

Pelakon dan pengacara, Nadzmin Ahdwa, 25, mengesahkan dia adalah pelakon yang ditahan polis akibat kesalahan dadah di Jalan Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan yang dibuat melalui syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn Bhd, Nadzmi mendakwa dia terperangkap sehingga ditahan kerana terlalu mempercayai rakan baiknya.

“Selepas ditahan, baru saya tahu rakan saya itu sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja. Nasib tidak menyebelahi saya kerana turut ada bersama ketika polis menahannya.

“Kesilapan saya kerana terlalu mempercayai rakan dan terpengaruh. Pengalaman ditahan polis memberi banyak pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya

Menurut Nadzmi, dia yakin bahawa dia tidak bersalah dalam perkara ini dan sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis sebaik sahaja selesai siasatan.

“Saya memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan tidak mahu mengulangi kesilapan sama lagi,” katanya.

Jumaat lalu, pelakon drama Hati Perempuan ini bersama adik lelakinya yang berusia 21 tahun serta seorang rakan berusia 25 tahun ditahan di stesen minyak di Jalan Bukit Setiawangsa, kira-kira 1.20 pagi.

Anggota polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas kereta Honda Jazz dinaiki mereka menjumpai satu tin aluminium di bawah kerusi pemandu berisi satu paket plastik lut sinar mengandungi ketulan disyaki ganja mampat seberat 5.97 gram.

Polis turut menemui satu botol plastik yang diubah suai dipercayai peralatan untuk menghisap dadah berkenaan.

Semakan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka tiada rekod jenayah lampau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

Sasha Abdul Aziz Syukur Rezeki Semakin Bertambah, Pasang Niat Mahu Bayar Zakat Tinggi Tahun Ini

Sasha mengakui dirinya sudah berniat untuk membayar zakat dengan jumlah yang banyak tahun ini. 

Featured Thu, 16 Apr 2026

Daiyan Trisha Anggap Individu Bandingkan Kecantikan Muka & Tangan Sebagai Kelakar – “Itu Anggota Yang Paling Saya Suka Tentang Diri Saya” 

Daiyan Trisha, menyifatkan tindakan segelintir individu yang membandingkan kecantikan wajah dan tangannya sebagai sesuatu yang melucukan.

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Faye Lahirkan Anak ‘ADAM50’ Di Kalangan Artis!

Agaknya artis mana yang akan mendahului permohanan pendaftaran secara dalam talian ini  atau memberi laluan sahaja kepada keluarga yang lebih memerlukan?

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Fri, 8 Sep 2023

Gara-Gara Isu Penyondol, Nama Marissa, Norman Hakim & Abby Abadi Trending Di Platform X

Allahu semua ikut terpalit.. Besar dugaan mereka sekeluarga

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

BTS To Get Their Own Dolls by Mattel!

This is a next-level fame the boys are achieving.

error: Content is protected !!