Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 11, 2023 @ 1:09pm

Tawaran Pendamaian Berjumlah Lebih RM300,000 Termasuk Kereta Toyota Vellfire, Farid Kamil Harap Dapat Lembutkan Hati Isteri

Pelakon Farid Kamil, 42, hari ini memberi tawaran kepada isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle Danny Benson, 31, tawaran pendamaian sebagai salah satu usaha untuk menyelamatkan rumah tangga dan keluarganya.

Menurut Farid, tawaran tersebut termasuklah, sebuah kereta Toyota Model Vellfire bernilai RM225,000, barang kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah selama empat bulan iaitu dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000 serta bayaran balik tiket Umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000 dengan jumlah keseluruhan tawaran bernilai RM319,700.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, , Diana Danielle Danny Benson tawaran seperti berikut sebagai usaha untuk menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Saya harap tawaran ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya.

 

Terdahulu, Farid hadir bagi menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah pada jam 11.40 pagi tadi.

Difahamkan, lebih kurang 20 pengamal media pelbagai agensi sudah berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi tadi untuk membuat liputan.

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu kerana tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Mengalah, Farid Kamil Takkan Berhenti Cari Anak & Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Hadanah, Farid Kamil Harap Keadilan Dapat Ditegakkan

ARTIKEL BERKAITAN:Perintah Hadanah Diana Danielle Diterima, Dakwaan Curang Hanya Alasan Farid Kamil – “Selepas Fail Kes Baru Semua Benda Ni Keluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Disoal Tentang ‘Bilik’ Denda Anak, Farid Kamil, Diana Danielle Pilih Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Bulan Tak Bayar Nafkah, Diana Danielle Dedah Sikap Baran Farid Kamil Dera Mental Aurora “Tengking & Jerit Selama Dua Hari, Siap Ugut Akan..”

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Sementara Sehingga 30 Mei Ini – “Saya Mahu Keadilan Untuk Anak-Anak”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 May 2022

“Saya Mahu Dia Dianggap Sebagai Seseorang Yang Saya Hargai” – MK K-Clique Masih Belum Berkahwin

MK mengaku belum berkahwin namun mempunyai seseorang yang dia hargai didalam hidupnya.

Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Sat, 21 Apr 2018

Selamat Pengantin Baru Dynas!

Dynas dijangka bertemu media petang ini bagi menceritakan butiran dan pengalaman majlis pernikahan.

Featured Tue, 12 May 2020
Trending Tue, 13 Jul 2021

“Hanya Dibayar RM150 Untuk…” Jalil Hamid Anggap Ia Satu Penghinaan

Memang tak berbaloi dengan kualiti yang diberikan artis senior

Hiburan Sat, 29 Feb 2020
error: Content is protected !!