Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 3, 2023 @ 3:01pm

Syamsul Yusof Kekal Sebagai Pengarah Filem The Original Gangster, Beto Kusyairy Tak Tarik Diri

Umum mengetahui beberapa bulan lalu hangat isu mengenai pengguguran pelakon Aaron Aziz daripada filem terbaru arahan pengarah sensasi Syamsul Yusof, The Original Gangster.

Susulan daripada isu tersebut, beberapa barisan pelakon lain turut membuka mulut mengenai isu tersebut susulan ada netizen yang menggesa mereka menarik diri dari menjayakan filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Dedah Punca Nama Aaron Aziz Digugurkan, Terkilan Isu Diperbesar – “Inikah Aaron Yang Aku Kenal Selama Ini?”

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Takkan Tarik Diri Dari Filem Original Gangster – “Kami Sokong & Hormat Syamsul Yusof Sebagai Pengarah”

Namun, ada juga timbul dakwaan bahawa filem The Original Gangster itu akan bertukar pengarah, malah kini penggambaran filem tersebut dihentikan buat sementara waktu.

Terbaharu, menurut Produser Eksekutif Razor’s Edge Pictures, Latiff Mohaideen, dia berkata pihaknya tidak boleh menjelaskan secara terperinci mengenai projek filem tersebut.

“Kami masih sedang memuktamadkan beberapa perkara secara terperinci. Tapi, sudah tentu Syamsul Yusof yang mengarahkan filem ini. Bahkan, Beto juga tidak menarik diri.

“Tunggu bulan ini. Saya akan cuba berkongsi maklumat. Kita pun baru hendak buat persiapan untuk menyambung semula penggambaran,” katanya.

Filem The Original Gangster diterbitkan oleh Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Digugurkan Dari Senarai Pelakon, Aaron Aziz Respons: “Saya Sedia Berdamai Dengan Syamsul Dengan Syarat…”

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Trending Wed, 9 Dec 2020
Featured Tue, 1 Nov 2022
Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kapten JT 610

Juruterbang itu juga dikatakan mendapatkan lesen penerbangan daripada Bel-Air International, sebuah sekolah penerbangan di San Carlos, California, Amerika Syarikat bermula dari 2007 hingga 2009.

Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Trending Wed, 5 May 2021

Lan Pet Pet Didakwa Pukul Abang Rider, Saiful Apek Mohon Orang Ramai Tak Jatuhkan Hukuman

Pelawak Saiful Apek mendedahkan dia belum lagi berhubung dengan sahabatnya, pelawak Lan Pet Pet yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini. Menurut Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 52, pada awalnya dia tidak mengetahui […]

Featured Tue, 2 Apr 2024

Alami Najis Berdarah, Jaafar Onn Kini Berada Di Zon Kritikal

Allahu, moga dipermudahkan urusan abang Jaafar onn kita🤲

error: Content is protected !!