Euforia Bola 2026
Selebriti By: Khairil Khusyairi September 16, 2023 @ 2:27pm

Ibu Fahrin Ahmad Meninggal Dunia Di IJN

Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad berkongsi berita duka bahawa ibunya tercinta meninggal dunia pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fahrin memaklumkan ibunya, Merbyah Akhwan menghembuskan nafas terakhir pada jam 10:06 pagi di Institut Jantung Negara, pagi tadi.

“Bonda saya Almarhumah Merbyah Binti Akhwan disahkan meninggal 10.06 pagi tadi di Institut Jantung Negara. AL FATIHAH,” tulis Fahrin.

Tulis Fahrin lagi, jenazah ibunya itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam
Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

“Jenazah akan diuruskan di IJN. Disolatkan di Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota.

“Jenazah akan disemadikan di sini selepas asar,” maklumnya.

Terdahulu, Fahrin memaklumkan keadaan ibunya yang dirawat di IJN dan memohon doa orang ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Jan 2018

Gajah Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik

Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak. Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan […]

Events Sat, 12 Oct 2024

10 Tahun Dalam Industri, Aina Abdul ‘Gerun’ Genggam Trofi Bintang Paling Popular ABPBH36

Sebaknya! Betul tu Aina… siapa Aina hari ini adalah asbab doa ibu dan mereka yang sayangkan Aina❤️

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

“JUST CUCI JE LEPAS TUE” – DAPHNE IKING PEGANG ANJING, PERSOAL ISU AGAMA

Caption yang agak sarkastik telah diberikan kepada peminat-peminat beliau yang besar kemungkinan akan mengecam dan mengkritik tindakan Daphne memegang anjing tersebut

Events Sat, 9 Jul 2022
Featured Fri, 29 Apr 2022
LIFESTYLE Thu, 16 Aug 2018

Pisang Hijau Ada Kelebihan Buat Kesihatan

Ini bukan bermaksud pisang hijau adalah pisang mentah. Pisang hijau ini pun mempunyai manfaat dan kelebihan untuk kesihatan.

error: Content is protected !!