Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2023 @ 4:54pm

“Doa Untuk Anak Kita Je, Both Of Us Ada Kehidupan Masing-Masing” – Netizen Tak ‘Give Up’ Minta Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad,  Noor Nabila Tampil Beri Respons!

Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor tampil memberikan respons selepas ramai dalam kalangan netizen mendoakan agar dia dan bekas suaminya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad kembali berjodoh.

Menerusi perkongsian di Instagram, Noor Nabila ada memuat naik sepotong video pendek memaparkan dia bersama Sharnaaz dan anak mereka, Jebat Jayden dalam siri mempromosikan produk makanan popular, Pak Mat Western.

Bagaimanapun, video tersebut yang kini telahpun meraih  lebih 1 juta tontonan itu mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Malah, ramai yang terhibur dan senang melihat pasangan ini disatukan dalam sebuah video sehinggakan ada yang berseloroh berharap agar Nabila dan Sharnaaz kembali bersama.

“Dengan ini saya ingin memberitahu, kalau lah depa ni di sekalikan kembali inshaallah bahagia. Sebab sejuk mata memandang dan seronok tengok family depa kalau bersatu.

“Biasa lah, sebaik-baik perancang, rancangan Allah itu tepat,” komen netizen.

 

Tidak berdiam diri dengan telahan yang diberikan, Noor Nabila tampil memberikan komen terhadap hantaran berkenaan.

“Kau orang doa untuk anak kita je yang baik-baik. Itu dah cukup untuk kita berdua.

“As for both of us, kita dua dah ada kehidupan masing-masing. Okay peace you all. Komen yang baik-baik je okay,” katanya.

Terdahulu,  Noor Nabila dan bekas suaminya, Engku Emran Zainal Abidin sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 September lalu.

Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon,  Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

ARTIKEL BERKAITAN:”Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

ARTIKEL BERKAITAN:”Saya Tak Pernah Keluar Mencari Atau Rancang Untuk Kahwini Mereka” – Isu Cerai Noor Nabila, Engku Emran Titip Ucapan Penghargaan Buat Bekas Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:“Perpisahan Ini Bukan Perjalanan Mudah” – Noor Nabila, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Mar 2025

“Saya Tidak Buat Lagu Hanya Untuk Jadi Fenomena” – Alyph

“Saya rasa ia sangat tidak menghormati kerjaya seni berdasarkan apa yang saya cuba lakukan” – Alyph

familuv Tue, 31 Mar 2020
Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Panas! Ini Jawapan Hijabista Famous Menari Di Kelab Malam

Menurut Nisa, dia menari kerana telah ditarik oleh seorang petugas yang berada disitu.

Hiburan Sat, 14 Apr 2018

Tak Kecewa Langsung, Hubungan Kami Dah Berakhir – Zul Ariffin

Kecewa? Tidak. Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

Featured Sun, 24 May 2020
Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Trending Fri, 14 Jun 2024
Trending Tue, 15 May 2018
error: Content is protected !!