Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 19, 2023 @ 3:54pm

‘Halau’ Kekasih Syafiq Dari Rumah, Shila Amzah Tak Teragak Hantar Notis LOD Pada Eiza Idanie! – “Duduk Rumah Saya Tanpa Izin, Berhenti Jadi Batu Api!”

Penyanyi sensasi, Shila Amzah memberi amaran terakhir kepada kekasih adiknya, Syafiq Amir iaitu wanita bernama Eiza Idanie untuk segera keluar dari kediamannya yang terletak di Langat.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya, Shila sudah meminta wanita berkenaan untuk keluar daripada rumahnya itu sejak tahun lalu yang menetap di rumah tersebut tanpa meminta keizinan darinya.

Sementara itu, Shila juga tidak teragak-agak untuk memberi notis Letter of demand (LOD) kepada Eiza sekiranya dia tidak berhenti berkata-kata buruk mengenai ahli keluarganya.

“Assalamualaikum, teruntuk ORANG LUAR yang sebenar. Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat tu, sila keluar selewat-lewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang.

“Sila KELUAR dengan kadar segera. Lagi satu, one more word about me and my family on your social media account. I will send you an official Letter of Demand (LOD) if you are up for it.

“Saya dah pernah bagi tahu melalui ibu saya untuk suruh dia keluar rumah setahun lalu, dia masuk ke rumah saya tanpa keizinan saya,” tulisnya.

Shila Amzah

Kekasih Amir Syafiq ‘Batu Api’

Shila yang menjawab persoalan netizen di Instagram menerusi pautan Ask Me A Question berkata Eiza tidak membayar bil api dan air dan sering menjadi batu api dalam konflik ahli keluarganya.

“Semua family events dia ada.. I don’t mind if she is nice, but every recent events from my parents divorce to the most recent ones tell me other wise.

“Dia bila orang luar jadi batu api, selama ni saya diamkan, dia ingat saya lembik. Dia duduk rumah tu banjir, so tahun 2021 sampai sekarang la. Memang tidakkk la eh nak bayar bil,” tulisnya.

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Sebelum ini, kemelut keluarga Shila Amzah hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial ekoran isu penjualan rumah yang diduduki oleh ibunya serta adik-beradik lain.

Isu mula tercetus selepas adiknya, Syada Amzah memaklumkan dia akan dihalau keluar rumah seperti anjing.

Shila tidak berdiam diri memberi penjelasan terhadap isu berkenaan, namun perkara menjadi lebih rumit selepas Amir Syafiq Amzah membidas komen kakaknya itu.

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Artikel Berkaitan: Bongkar Bukti Lebam Dipukul, Bekas Isteri Dakwa Adik Shila Amzah Palsukan Tanda Tangan Curi Duit ND Lala.. Kongsi Perbualan WhatsApp Dengan Fauziah Sarman

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: “Kehormatan Saya Dicabar! Tak Ada Isu Saya Halau Darah Daging Sendiri” – Shila Amzah Perjelas Konflik Babitkan Ibu & Adik – Beradik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Sep 2025

Alif Satar Terharu Keffiyeh Jadi Simbolik Solidariti Di Luar Negara

Alif Satar berkongsi berita gembira dan rasa terharu apabila melihat sokongan yang diberikan penduduk dibeberapa negara Eropah terhadap isu Palestin.

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Akaun IG Johan As’ari ‘Hilang’

Siapa punya kerja lah godam akaun IG Johan ni?

Hiburan Sat, 14 Sep 2024
Featured Thu, 27 Feb 2025

Tampil Elemen Retro, ‘Nostalgia’ Tonjol Vokal Luar Biasa Ernie Zakri

Ernie menyifatkan rakaman lagu Nostalgia sangat menyeronokkan.

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Kim Kardashian Kirim Hadiah Pada ‘Musuhnya’

Kim Kardashian mengirimkan semua ‘haters’ dan ‘likers’ nya sebuah botol parfum terbaharunya sebagai hadiah “Hari Valentine” iaitu Hari Kekasih.

Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Simbol Transformasi 2025, TV3 Tampil Dengan Seruan Azan Versi Baharu

Seruan azan di TV3 yang telah sekian lama menjadi panduan harian umat Islam, diperkenalkan dalam versi baharu.

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Tue, 13 Oct 2020

“Dekat Di Hati Saya Kerana…” – Achey & Nabil Sumbang RM15,000 Bantu Kajian Barah Payudara

Dua pelawak popular, Achey dari kumpulan Bocey dan Nabil Ahmad memberikan sumbangan kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM)- Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES). Sumbangan sebanyak RM15,000 itu diberikan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara […]

Trending Thu, 16 Jul 2020
error: Content is protected !!